Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Bagaimana Mengajar Anak Kucing Menggunakan Litter Box

Ditulis oleh feliscatus pada Friday, December 26, 2008

Jika anda merancang untuk memelihara kucing outdoor, anda masih perlu mempunyai litter box untuk beberapa minggu pertama kerana anak kucing perlu diletakkan di dalam rumah sehinggalah mereka menerima vaksin dan sehingga mereka telah bersedia untuk meneroka dunia luar. Latihan menggunakan litter box yang baik pada peringkat ini amat penting kerana dapat mengelakkan masalah pada masa hadapan.

Kiriman ini memberi tumpuan terhadap latihan kepada anak kucing, anda juga boleh membaca bagaimana mengajar kucing dewasa untuk menggunakan kotak najis pada kiriman terdahulu.

Memilih Litter Box dan Isiannya


Pilih kotak najis yang agak dalam dan isian yang halus (tetapi tidak berdebu). Kebanyakan kucing menjauhi litter box kerana ia terlalu cetek atau isiannya kasar. Jangan beli litter yang mempunyai pewangi kerana kucing tidak akan menggunakannya.

Ada sesetengah orang yang menggunakan cebisan suratkhabar yang dicarik-carik sebagai isian untuk anak kucing. Saya berbelah bagi dalam hal ini samada ia satu idea yang baik atau tidak. Najis anak kucing biasanya lebih cair (terutamanya yang berumur kurang 8 minggu) dan suratkhabar bukanlah bahan yang baik untuk menyerap cairan pejal sebegini. Dakwat yang ada pada akhbar juga adalah toksik dan boleh dipindahkan ke tapak kaki anak kucing dan akhirnya dihadam jika dia menjilatnya. Lagipun, saya tidak fikir mengajar anak kucing menggunakan suratkhabar untuk membuang adalah satu idea yang bagus. Anak kucing akan mula cenderung untuk menggunakan suratkhabar yang ada pada meja atau sofa dan ini bukanlah perilaku yang kita mahu galakkan.

Jika anda masih mahu menggunakan kertas, gunakanlah kertas kosong tanpa dakwat. Jika anda mempunyai paper shredder, itu lebih baik. Isian kertas seperti ini tidak perlu di scoop, setiap kali anak kucing membuang di situ anda perlu membuang keseluruhan isian dan meletakkan isian yang baru. Namun begitu, jika anak kucing berumur lebih dari 8 minggu, gunakan clumping litter.

Lokasi.


Lokasi adalah perkara kedua yang sangat penting. Kucing perlu berasa selesa setiap kali menggunakannya atau dia akan mula mencari lokasi yang lebih tersorok. Litter box perlu berada di kawasan yang kurang trafik dimana kurang terdapat gangguan dan sama sekali tidak setempat dengan kawasan dia minum atau makan.

Kucing kebiasaannya akan menjauhi kotak najis yang diletakkan berhampiran dengan kawasan dia makan atau kawasan yang sibuk. Jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing, asingkan litter box untuk setiap kucing di lokasi berbeza.

Anda digalakkan untuk meletakkan juga tikar pengalas yang lebar di bawah kotak najis ini. Anak kucing suka bermain-main dengan isian yang berada di dalam kotak dan ini dapat mengelakkan lantai anda menjadi kotor. Pengalas juga dapat membendung sisa-sisa isian atau tracking dari tapak kaki kucing. Jangan menggunakan pengalas karpet 'rumput' atau apa sahaja pengalas yang mempunyai pointed side kerana kucing tidak menyukainya.

Melatih Anak Kucing.


Jika anak kucing masih bersama ibunya, tugas ini menjadi lebih senang kerana anak kucing akan belajar dari gerak laku ibunya. Anda hanya perlu menunjukkan di mana kotak itu berada dan tugas anda akan selesai. Tetapi memang secara amnya, mengajar anak kucing adalah lebih mudah kerana kucing mempunyai naluri semulajadi untuk menjadikan kawasan berpasir sebagai tempat untuk membuang.

Jika anda baru sahaja membawa anak kucing pulang ke rumah, bawakan dia ke litter box sebelum membuat perkara-perkara lain. Ini adalah perkara paling mustahak. Letakkan anak kucing di dalamnya dan biarkan dia menghidu atau menguis-nguisnya.

Bawakan anak kucing itu ke litter box dari masa ke semasa terutamanya selepas dia makan, bangun dari tidur atau menunjukkan tanda-tanda dia mahu membuang. Jika dia tidak tahu menggunakannya, anda mungkin perlu menggerakkan kaki hadapannya seperti menguis-nguis untuk merangsangnya. Jika anda melihat anak kucing menguis-nguis lantai atau menyorokkan diri, ini adalah tanda-tanda dia mahu membuang. Berikan pujian jika dia berjaya menggunakan litter box itu.

Jika anak kucing anda membuang di tempat lain, pindahkan najis atau lapkan air kencing dan letakkan kain itu ke dalam litter box. Bau yang ada pada najis dan air kencing itu akan menggalakkan anak kucing untuk menggunakannya pada masa hadapan. Jika anda melihat anak kucing anda sedang membuang di tempat lain, angkatkannya dan letakkan dalam litter box (berhati-hati jangan sampai meleret-leret pula najisnya!).

Basuh kawasan 'jenayah' itu sebaik-baiknya dengan pencuci berenzim supaya tidak ada bau najis di kawasan itu. Jika tidak, anak kucing akan menganggap kawasan itu sebagai tandasnya kerana masih ada bau najisnya di situ. Jangan menghukum kucing seperti meletakkan hidungnya pada najis kerana ini hanya akan memburukkan keadaan dengan menambahkan stress dan ketakutan kepada kucing. Ketakutan dan stress adalah antara punca yang membawa lebih banyak perilaku yang anda sendiri tidak akan sanggup menghadapinya.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 8 comments: Responses to “ Bagaimana Mengajar Anak Kucing Menggunakan Litter Box ”

  2. By Qasiyh on Thursday, July 02, 2009

    hye felis...
    terima kasih dgn artikel ni...
    tp masih saya nak tanye...
    anak kucing saya,kadang2 saje berak di dlm litter box,kdg2 ikut suka hati die je kat mane2...
    ade solution tak?

    p/s ::: saya dah link blog ini di blog saya...
    terima kasih...

  3. By feliscatus on Friday, July 03, 2009

    hi Qasiyh, ganas jgk blog awk tu :p

    ok, berak ikut suka ni ada byk kmungkinan sbnrnya, mengatasinya pun ada beberapa cara jgk. blh tgk kat sini.

  4. By Qasiyh on Saturday, July 25, 2009

    haha terima kasih,saya dah ubah tpt litter box dan die pandai dah guna litter box tapi saya perasan anak kucing saya ni x pandai bersihkan diri sendiri lps berak atau kencing x mcm kucing saya yg lg 1...kadang2 bontot die kotor sgt sampai saya terpakse lap...
    mcm mane nk buat ye?

  5. By feliscatus on Tuesday, July 28, 2009

    sy rasa keadaan tu hanya sementara. kebiasaannya kucing memang pandai jaga kebersihan diri kecuali ketika dia sakit. benda ni biasanya berlaku kalau dia takde ibu.

  6. By Honey on Thursday, April 08, 2010

    hai awak...saya nak tanye la, dulu saya ada sekor je kucing betina saya bela dia pun dah besar..now dia ada 5 ekor anak..now dah 1 bulan ++ dok dlm sangkar...sekarang diorg semua dah pandai makan... buat masa nie saya belum beli kotak najis buat mereka...kalau mereka berak taik jatuh bawah.. tapi ada sekor nie dia suka berak atas lapik kain...selepas dia berak dia suka makan balik taik dia...kenapa ye jadik mcm tue.. risau plak saya tgk perangai yg sekor tue... kalau xde kain..dia nak berak dlm bekas makanan...fenin plak saya dibuat nye...huhuhuhuu...

  7. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  8. By pinky purplegirls on Saturday, April 13, 2013

    saya ada satu soalan...saya tersalah beli yang litter dia ada perisa strawberry ...macam mana saya nak buat..?? nak beli yang baru takut membazir jer...

  9. By Anonymous on Sunday, February 09, 2014

    askm..saya nak tanya..normal ke kucing minum susu tepung then dia berak..ke dia sakit??

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS