Mengendalikan Masalah Najis Kucing
Ditulis oleh feliscatus pada Monday, May 11, 2009
Aahhh..mengendalikan najis kucing, semua orang tidak suka berhadapan dengannya. Setakat ini saya tidak pernah menjumpai sesiapa yang gembira mengendalikannya, walaupun seorang doktor. Bezanya adalah, seorang doktor telah dilatih untuk mendepani perkara-perkara yang dirasakan jijik oleh orang lain demi kebaikan kucing dan tuannya. Artikel di bawah adalah himpunan masalah-masalah yang berkaitan dengan pembuangan najis, kotak najis serta latihan-latihan yang berkaitan. Samada kita memelihara kucing secara indoor atau outdoor, kita mesti menyediakan kotak najis atau litter box untuknya, serta melatihnya untuk membuang di situ, dan bukannya di tempat lain.
Ya, walaupun kucing kita dilepaskan ke luar merayau-rayau dan hanya pulang ketika makan, kotak najis itu perlu disediakan. Kita mungkin merasakan laman rumah kita adalah bersih dan nyaman, tetapi rumah jiran kita akan terganggu dengan suasana nyaman yang di bina disebabkan oleh kucing kita memberikan hadiah beberapa ketul najis bersebelahan kasutnya.
Saya pernah mendengar dalam satu kuliah agama, bahawa dalam Islam, ulama' telah menetapkan jika kita membela kucing atau binatang peliharaan lain maka kita mesti menyediakan tempat untuknya membuang najis. Jika kucing itu membuang di kawasan rumah jiran, adalah wajib untuk kita membasuhnya.
Jika kita enggan maka jiran kita berhak untuk membawa kita bersumpah (bukan sumpah laknat ye) di hadapan Qadhi (hakim) bahawa kucing itu bukan milik kita dan pemerintah boleh merampas kucing atau binatang peliharaan itu. Saya terpegun kerana memikirkan bahawa ulama' begitu teliti dan telah lama memberikan penyelesaian terhadap masalah ini.
Kebiasaan yang saya lihat, tidak ramai yang menyediakan kotak najis ini. Saya harap selepas anda membaca kiriman ini, anda akan menyediakannya, dan melatih mereka untuk menggunakannya. Tidak perlu membeli yang mahal-mahal, kerana namanya adalah kotak-najis, dan bukannya kotak-hiasan-warna-warni-rekabentuk-cantik-najis. Yang penting, kucing anda selesa menggunakannya.
Kiriman ini adalah mengenai pengenalan kepada kotak najis, bagaimana menjaga kebersihannya dan beberapa tips ringkas berkenaan penggunaannya.
Lanjutan dari kiriman pertama, melihat beberapa kaedah bagaimana untuk menggalakkan kucing anda menggunakan kotak najis dan menjauhi tempat lain. Khusus untuk mereka yang mempunyai masalah kucing yang pernah membuang di tempat lain atau menjauhi kotak najis. Bagi yang pertama kali memperkenalkan kotak najis kepada kucing, kaedah-kaedah ini juga boleh digunakan.
Kiriman ini cuba memberi gambaran mengenai beza antara pembuangan najis/kencing secara biasa atau buangan yang menunjukkan tanda masalah lain.
Terdapat 4 sebab utama mengapa kucing memilih selain dari kotak najis, dan 4 sebab ini dijelaskan dalam topik ini. Seperti biasa, letakkan masalah kesihatan sebagai faktor pertama semasa anda menyiasat.
Apabila anak kucing sudah mula berupaya mengawal sistem buangan najisnya (umur 3-4 minggu), inilah waktu terbaik untuk mula mengajarnya menggunakan kotak najis. Mengajar anak kucing lebih mudah berbanding mengajar kucing dewasa, dan kiriman ini menunjukkan beberapa cara untuk anda melatihnya.

Si Comel Takde Mood Nak Berak Di situ!
Kiriman ini adalah mengenai pengenalan kepada kotak najis, bagaimana menjaga kebersihannya dan beberapa tips ringkas berkenaan penggunaannya.
Mengatasi Masalah Kotak Najis Kucing
Lanjutan dari kiriman pertama, melihat beberapa kaedah bagaimana untuk menggalakkan kucing anda menggunakan kotak najis dan menjauhi tempat lain. Khusus untuk mereka yang mempunyai masalah kucing yang pernah membuang di tempat lain atau menjauhi kotak najis. Bagi yang pertama kali memperkenalkan kotak najis kepada kucing, kaedah-kaedah ini juga boleh digunakan.
Masalah Pembuangan Najis Kucing
Kiriman ini cuba memberi gambaran mengenai beza antara pembuangan najis/kencing secara biasa atau buangan yang menunjukkan tanda masalah lain.
Pembuangan Najis Merata-rata
Terdapat 4 sebab utama mengapa kucing memilih selain dari kotak najis, dan 4 sebab ini dijelaskan dalam topik ini. Seperti biasa, letakkan masalah kesihatan sebagai faktor pertama semasa anda menyiasat.
Bagaimana Mengajar Anak Kucing Menggunakan Litter Box
Apabila anak kucing sudah mula berupaya mengawal sistem buangan najisnya (umur 3-4 minggu), inilah waktu terbaik untuk mula mengajarnya menggunakan kotak najis. Mengajar anak kucing lebih mudah berbanding mengajar kucing dewasa, dan kiriman ini menunjukkan beberapa cara untuk anda melatihnya.

| Dikategori sebagai »

6 comments: Responses to “ Mengendalikan Masalah Najis Kucing ”
By Yahzah Republic Blog on Monday, July 13, 2009
Saya ada bela kucing atau DHL, cuma saya nak tahulah tempat bekas najis tu letak pasirkan. Tapi bila baca label mengata ganti selepas 15 hari. Cuma saya rasa kucing saya ni, saya hampir setiap hari tukar pasirnya.Kalau tunggu 15 hari tak terkena ke bulu kucing itu pada najis lamanya?
By Kasawari on Thursday, July 16, 2009
takder masalah utk Sheiro saya bila dia nak membuang.. he he
By kekasut on Wednesday, May 19, 2010
Saya ada 4 ekor kitten yg bru berumur 2 minggu.Macamane nak ajar diorang membuang kat tempat yang same?
By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010
As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.
Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?
The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.
By Juna's World on Thursday, June 21, 2012
bagaimana cara untuk memudahkan pembuangan najis kucing yg melekat kuat pada bulu di bahagian punggung anak kucing? Anak kucing saya bartu berumur 2 bulan setengah dan jenis Persian.saya terpaksa mencuci punggungnya setiap hari,untuk memastikan anak kucing saya besih dan tdk berbau busuk
By sarah shazlin on Tuesday, June 26, 2012
sy nak tanya, saya ada 3 ekor anak kucing baru berumur sebulan. 2 jantan dan sekor betina. sekarang mereka dah pandai guna kotak najis.. tapi masalahnye.. bila masa main, atau tido, mereka suka dalam kotak najis tu. main ok lagi la, masa tido tu yang buat saya risau.. walau pun najis ade ke tak ade ke dia tetap tido dan main dalam tu. saya risau sebab takut anak kucing saya dapat penyakit. ada petua tak untuk masalah saya ni...