Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Penyakit Yang Dicegah Melalui Vaksin

Ditulis oleh feliscatus pada Monday, October 12, 2009

Anak kucing dijangkiti FVR
Anak kucing dijangkiti FVR (Feline Viral Rhinotracheitis)

Biasanya kita perlukan sehingga 14 hari selepas suntikan vaksin sebelum tindakbalas imuniti berfungsi dengan sepenuhnya.

Jadi, jika kita suntik kucing pada hari ini, dia tidak akan mempunyai perlindungan imuniti sehingga sekurang-kurangnya 14 hari selepas suntikan diberi.

Keputusan untuk vaksinasi terhadap penyakit-penyakit tertentu dinilai melalui beberapa faktor. Terdapat 11 jenis penyakit berjangkit yang boleh dilindungi oleh vaksin (dikeluarkan oleh beberapa pengeluar).

Setiap vaksin adalah spesifik, hanya memberikan perlindungan terhadap 1 jenis penyakit sahaja (dan mungkin 1-2 penyakit ringan yang lain).

Senarainya disertakan dibawah, namanya memang pelik-pelik, tapi saya letakkan penerangan ringkas di sebelahnya supaya kita mudah faham.

  • Rhinotracheitis virus/feline herpes
    • Juga dikenali sebagai FVR (Feline Viral Rhinotracheiteis) atau FRV (Feline Rhinotracheiteis Virus), menyebabkan keradangan pada mata dan hidung.
  • Calici virus
    • Seperti FVR,  virus Calici menyerang sistem pernafasan termasuk mulut dan boleh merebak ke paru-paru.
  • Panleukopenia virus
    • Juga dikenali sebagai FPV, sangat-sangat merbahaya, mudah berjangkit di kalangan kucing, menyerang sistem saraf dan imuniti. Anda MEMANG tidak mahu kucing anda dijangkiti penyakit ini.
  • Chlamydia (pneumonitis)
    • Virus ini hidup dalam sistem perkumuhan, kemaluan, pernafasan dan penghadaman, kesannya boleh dilihat pada mata dan jika dijangkiti oleh anak kucing boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang serius.
  • Feline leukemia virus
    • Ringkasannya adalah FeLV, sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kanser yang membunuh. Risiko tinggi jika kucing anda adalah outdoor, merebak melalui air liur (menjilat bulu, bekas makanan dll) atau gigitan (bergaduh, bermain dll).
  • Rabies virus
    • Pernah dengar penyakit anjing gila? Air liur yang sentiasa meleleh, agresif dan suka menyerang. Boleh menjangkiti manusia atau binatang lain.
  • Feline infectious peritonitis virus
    • Ringkasannya FIP, atau FECV (Feline Enteric Coronavirus), jangkitannya tidaklah serius dan biasanya kucing boleh kembali sihat. Tak banyak diketahui tentang penyakit ini, vaksin boleh kurangkan risiko tetapi jangkitan mungkin boleh berlaku juga.
  • Bordetella
    • Sangat merbahaya kepada anak kucing kerana boleh menyebabkan kematian. Lendiran tebal pada hidung dan mulut, bersin dan batuk (kucing sebenarnya jarang batuk, beri perhatian jika kucing anda batuk).
  • Ringworm fungus
    • Cacing gelang, didapati dari tanah dan najis, susah dikawal jika kucing outdoor. Boleh menjangkiti manusia tapi tidak serius, mudah diubati (kecuali anak kucing, jangkitan boleh menjadi serius).
  • Feline immunodeficiency virus
    • Ringkasannya FIV, kucing yang menghidapi FeLV berkemungkinan besar juga menghidapi FIV. Virus ini menyerang sel darah putih kucing, sama seperti AIDS pada manusia. Sistem imuniti akan lumpuh dan kucing terdedah kepada pelbagai penyakit lain, sangat merbahaya (tapi tidak menjangkiti manusia).
  • Giardia
    • Berpunca dari parasit yang hidup dalam najis kucing, sebab itu amat penting kita bersihkan kotak najisnya seberapa kerap (dan bersihkan diri anda selepas itu).  Menyebabkan kucing kehilangan nutrisi yang boleh membawa kepada penyakit lain. Boleh berjangkit pada manusia.

Hah, macam mana, susah kan memelihara kucing? :p

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 7 comments: Responses to “ Penyakit Yang Dicegah Melalui Vaksin ”

  2. By curiousKGboy on Friday, May 14, 2010

    KUCINGKU DISAHKAN AIDS HARI INI...

    dear all, it's for sure, a very sad news, but da most sad is dat i'm afraid of losing him, my "Kakak' aged 3+yo...setelah 2x dimasukkan ke wad di hospital vet UPM, selepas 2-wks discharged, semalam aku bawa Kakak ke UPM coz dah xselera makan n badannya makin kurus. Aku mintak doc buat test blood for cancer or any infections, tapi pagi nih doc informed, my cat kena AIDS...siapa yg pernah ada pengalaman or knew about it, pls advise me dear..

    sob2..

  3. By SMZ on Sunday, May 16, 2010

    Hi...Im so sory to hear that...never heard bout that before...
    so, what did the doc told u?? wat shud u do? and wat can b done??

  4. By curiousKGboy on Friday, May 21, 2010

    STILL SO SAD..n CRYING...I juz cant imagine dat da reality, he already left me.so soon at such youthful age..much moment to draw with kakak, but i satisfied of had my verybest for him til his last breath..May ALlah be with him, n us...Kakak wil alwiz in my soul til i die, pray dat i got da blessing frm God 2b wif him again, in heaven..Insya'allah.Amen.

  5. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  6. By Gambar Kucing on Sunday, August 07, 2011

    Saya ada melihat seekor anak kucing jiran di mana matanya dipenuhi oleh tahi mata dan berlendir serta hidung anak kucing tu juga berlendir. Selang beberapa hari saya ternampak anak kucing tersebut masuk ke dalam besin kecil yang ada air dan berendam dalam besin tersebut. Beberapa hari kemudian anak kucing tersebut mati. Boleh tuan terangkan apa penyakit yang mungkin menyerang anak kucing ini.

  7. By Anonymous on Friday, September 09, 2011

    hi,i nak tanya tentang keracunan makanan t'jadi thdp kucing.. Bagaimana utk penawarnya? sbb kucing i dh mula x mahu makan lg setelah beberapa ekor kwnnya mati keracunan....tolonglah i ye...

  8. By Anonymous on Thursday, October 27, 2011

    hai, saya nak tanya jika seekor kucing mengalami ulcer di mulut apakah yang harus dilakukan..dan apakah penyakit tersebut serta cara untuk ubatinya..

    TQ.. :)???

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS