Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Menetapkan Peraturan di dalam Rumah?

Ditulis oleh feliscatus pada Wednesday, July 08, 2009

Gambar hiasan
Peraturan untuk kucing?

Bayangkan begini, kita mahu kucing kita bebas bermain di mana sahaja di dalam rumah tetapi bukan di belakang atau di atas TV. Kita mahu dia makan di dalam mangkuk yang disediakan dan tidak mahunya melompat di atas meja makan.

Atau kita mahu kucing bebas bermanja dan bergurau kecuali ketika kita sedang bekerja di hadapan komputer. Perkara sebegini adalah yang dikatakan undang-undang atau peraturan rumah.

Pendapat yang meluas mengatakan kucing kurang mampu mempelajari peraturan rumah. Kepercayaan ini adalah disebabkan kecenderungan kucing yang mahu sesuatu perkara itu mengikut kehendaknya sendiri. Perkara ini adalah benar, tetapi tidaklah benar sepenuhnya.

Kucing adalah binatang yang bijak dan boleh diajar beberapa peraturan dan mungkin juga kemahiran tertentu, jika mereka diajar dengan sabar, konsisten dan bertimbangrasa.

Adalah amat penting jika kita mahu anak kucing mematuhi sesuatu peraturan sehingga ianya dewasa, ia mesti diajar dan dimulakan sejak kecil lagi.

Misalnya kita tidak mahu kucing melompat ke atas meja makan. Ini perlu di ajar semasa kucing itu masih kecil. Cuba elakkan peraturan itu menjadi longgar hanya kerana anak kucing itu kelihatan sangat comel atau kerana kucing itu masih baru di rumah, kemudian menghukumnya pula apabila dia dewasa.

Kucing tidak akan dapat memahami mengapa dia dibenarkan untuk berada di atas meja makan semasa kecil, tetapi dihukum pula atas perlakuan yang sama ketika dewasa.

Sesetengah orang berkongsi katil dan tidur bersama kucingnya. Tetapi bukan semua orang begitu, mungkin anda tidak selesa berkongsi katil kerana kucing anda uka menggigit kaki anda, atau anda mempunyai alahan kecil. Apa sahaja sebabnya, sekadar menutup pintu bilik sahaja mungkin tidak memadai, melainkan kucing itu diajar supaya menjauhi bilik anda dan tidak berteriak apabila pintu ditutup.

Kucing tidak suka pintu yang tertutup. Naluri semulajadinya mendorong mereka untuk menyiasat apa disebalik pintu tersebut, walaupun mereka sudah pun mengetahuinya sebelum ini.

Tetapi seperti mana peraturan-peraturan lain, mengajarnya memerlukan kesabaran, konisisten dan bertimbangrasa. Kucing yang sentiasa dibenarkan berada dalam bilik tidur dan tiba-tiba ditegah akan berkemungkinan besar tidak akan menerima perubahan ini dengan serta-merta (dan mungkin juga memberontak).

Dia mahu bersama anda dan tidak memahami mengapa tiba-tiba tidak dibenarkan berbuat demikian. Dia mungkin menjerit dan berteriak di luar pintu, mencakarnya atau cuba menyelitkan kakinya dibawah celah pintu seolah-olah dia dapat mengangkat pintu itu ke atas supaya dapat melaluinya.

Kita boleh meletakkannya di bilik lain tetapi jeritannya mungkin tidak membenarkan anda untuk tidur dengan nyenyak. Ini adalah contoh mengapa kita perlu tetapkan dahulu peraturan yang perlu dipatuhi oleh kucing sebelum kita memeliharanya.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 20 comments: Responses to “ Menetapkan Peraturan di dalam Rumah? ”

  2. By Lady of Leisure on Sunday, July 12, 2009

    betul, kala u dilatih, kucing akan memahami kerana kucing adalah sangan bijak..

  3. By anjut on Sunday, July 12, 2009

    hahaha!kucing bukan mcm anjing, sokong kata felicatus, kena sabar. dan kalau kita jaga dia ngn baik, dia akan ikut ckp kata. nak share pengalaman.

    jasmine (crossed maine coon)= leh main 'fetch' mcm anjing, n semua org kagum dgn dia, sangat berdisplin, lemah lembut, akan 'menderam' bila dgr org yg x dikenali naik tangga,dengar kata, pembersih, pendek kata mmg kelas 'A' ler.

    Leyla 'European' - karekter yg misteri, dengar kata, elegan dan faham bila kita sedih, suka atau marah.

    Addy (parsi)- ni baby lagi, masih 4 bulan setengah, so mcm x guna otak sgt, manaja ngn kucing2 yg lain, mmg macam budak kecik yg nakal..so kena bnyk latihan lagi...

    tapi yg paling kagum, ke semua kucing2 ni faham apa yg kita ckp. n jasmine tau kalau disuruh ambil bola. tidur ikut time. tak pernah kencing n berak bersepah. dan paling seronok, mereka akan tunggu depan pintu tuk sambut tuan dia waktu balik.

    kena sabar dan sepatutnya sapa yg nak bela kucing tu kena fikir masak2. jgn sesuka hati jer, kecik2 suka, dah besar di dera..setiap benda bernyawa mendoakan manusia.

  4. By feliscatus on Sunday, July 12, 2009

    @lady,
    yup, kucing boleh dilatih,tapi takla semudah anjing.

    @anjut,
    memang bertuah dapat kucing mcm tu, terutamanya bila balik rumah tgk diorang dah ready depan pintu. anak2 sy tak macam tu! hahaha

  5. By anjut on Sunday, July 12, 2009

    hahaha!ckp la ngan anak2, "anak2 cuba tgk kucing2 pakcik anjut tu, baik jer tunggu tuan dia depan rumah, cuba anak2 ikut sekali." insya'allah mujarab!wakakakka!

  6. By bryce on Wednesday, July 15, 2009

    Hi There Feliscatus,
    Saya ada sepasang kucing, yang jantan Tiger( DLH-Somali,1 tahun 4 bulan) dan Tyra (DSH-Bengal,8 bulan. Masalahnya Tiger tidak mahu mengawan dengan Tyra. Is there any solution?tq

  7. By feliscatus on Wednesday, July 15, 2009

    bryce, kucing betina awk dalam heat cycle ke?kucing betina hanya benarkan kucing jantan mendekatinya ketika heat.

    dan kebiasaannya pilihan pasangan itu di tangan kucing betina itu sendiri.kurungan dalam sangakr juga satu cara, tapi bergantung pada keadaan.

  8. By catlina7@yahoo.com on Friday, July 17, 2009

    salam kenal..nice blog..sy juga ade blog pasal kucing ni..

    nk tny, are u a vet? kalau betul, batch tahun bila tu?sy grad 2004 :)

    to anjut: dulu sy ade british short hair (chubby) yang boleh main fetch mcm anjing, in fact sy tak pernah ajar pun!bila sy balik kerja je,chubby akan menunggu kat pintu dgn simpulan tali guni yang jadi mainan fetch dia...

    yg sedihnya, chubby dah hilang 3-4 tahun lepas..

    sy setuju sgt2 dgn anjut, setengah2 org suke kucing, tapi tak menjaga kebajikan kucing...kalau dah tau susah nak bela atau tak ade masa, better jgn bela terus...

  9. By bryce on Friday, July 17, 2009

    Hello Feliscatus,
    Thanks4the reply.Yup,rasanya Tyra dalam heat cycle.Masalahnya Tiger yang xnak.Yang Terbaru ialah bila Tiger nak Tyra pula yang xnak.Saya dah cuba kurung kedua-duanya tapi mereka buat bising dan x main pun(mereka ni dah diajar xdikurung sejak dari kecik).Ada cara lain x seperti feromon untuk kucing jantan tertarik pada betina?Atau perlu ke saya pasang video kucing mengawan kat mereka supaya kedua-duanya teransang?Its sounds like stupid but it work for panda in Thailand.

  10. By feliscatus on Friday, July 17, 2009

    hi catlina,thanks. awk kt kota tinggi ke? sy di skudai. sy bukan vet cuma pernah bkrja sbg pmbantu klinik shj, and so sorry psal chubby tu..dulu kucing sy pun slalu hilang jgk. ada yg balik rumah ada yg tak balik2 lgsung.

    bryce,sy rasa kemungkinan besar disebabkan kedua2 kucing tu masih muda, belum pernah buat.so benda ni agak biasa berlaku.

    biasanya kalau nak biakkan kucing, salah seekor kita padankan dgn yg 'berpengalaman' supaya boleh 'memandu' atau ajar pasangannya tu.

    kdg2 yang betina masih belum bersedia (terutama yg pertama kali) walaupun telah mengalami heat, atas sebab2 tertentu spt tak biasa dgn kucing jantan tu, stress dan sbgnya.

    tak perlu risau psal benda ni, sebab kitar heat ni akan berulang semula lebih kurang 2-3 mnggu. berikan masa kepada mereka.

    berkenaan video tu, sy tak tahu. tapi hey, tak salah kalau nk cuba. mana tahu berkesan :p

  11. By anjut on Friday, July 17, 2009

    feliscatus and catlina (dua2 nama ada unsur kucing?haha!), mmg dua blog ni je la yg jadi panduan saya.

    peminat kucing kt luar tu, jaga benda bernyawa ni ada 'bahagian' dia di sisi Tuhan, n mereka pun doakan kita.

    mengenai mengawan, betul kata feliscatus, 1st tym mmg berdebar2, n kdg2 dia tak tau nak wat. tp lama2 dia reti la. n kena tunggu heating dia gak.mcm kt sini ada sejenis pheromone tuk kucing2 ni, tp rasanya kalau it comes naturally lg bagus kan?(lagipun harga dia mahal, x sure nama dia apa, tp utk 35 ml dlm 50euros mcm tu la..). bertambah anak kucing, bertambah la chores kt umah tu..huhu!

  12. By bryce on Saturday, July 18, 2009

    Helo Feliscatus & Anjut,
    Thnx a lot for the new info. Memang kedua-duanya first timer jadi mereka xpandai lagi.heheheh...
    Sekarang saya risaukan tyra sebab dia xde selera makan sebab heat cycle tu.Stress kot sebab tiger xlayan dia.Jadi,saya bagi supplement kat dia untuk pastikan tyra cukup zat-zat penting untuk pembesaran(tyra Baru 8 bulan).
    Hahahah,Saya ni bukan pandai sangat nak ajar kucing tengok video xxx bagi kucing.Pandai ke mereka tengok?Nanti mereka x hilang ilmu ke 40 hari sebab tengok cd xxx?hahahahahah
    Pasal feromon,Rasanye mahal sangatlah.better tunggu jelah mereka belajar sendiri.Anyway,thanks alot for your help.I like this blog a lot!

  13. By fida on Monday, July 20, 2009

    felis help me..hehehe..

    sy kn ade sekor kucing betina umur dlm 4 bln..mmg sy bercdg nk amek sekor lg utk dia bkwan sbb sy sian tgk dia tggl sekor2 kt umah time sy g keje.

    kebetulan weekend lepas sy singgah umah kakak sy.dia ade sepasang kucing umur 11 bln (parsian jgk). kucing sy punya la garang bila nmpk kucing kakak sy tu, asik menyeringai dan menderam jer. smpaikn xmau mkn dr pg smpai mlm(merajuk kot).

    sy jd risau ttg niat sy yg nk amek kucing lg sekor utk bkwan dgn dia tu. dia akan ok atau sebaliknya..? kang sy amek dia x ngam pulak..

  14. By catlina on Monday, July 20, 2009

    re: sy kat kluang, bukan kota tinggi..

    heh skudai ye...mcm leh agak je klinik mana..klinik dr tan ke?rasanye kat skudai tu ada 3 klinik je kut, 2-3 tahun lepas lah, tak taulah kalau dah bertambah lagi ..masih bekerja lagi ke?

    anyway tahniah, blog u best ;)

  15. By Sall's Ilham Tailor on Monday, July 20, 2009

    hai!saya baru saja mendirikan rumahtangga dan ade membela 2 ekor kucing.saya dan suami ade plan utk mendapatkan anak.baru2 ni kakak saya ade membaca satu artikel kesihatan berkenaan bahaya membela kucing semasa mengandung kerana dikhuatiri terkena jangkitan atau bakteria2 dari kucing akan menyebabkan kecacatan anak dlm perut.adakah itu benar?saya amat bimbang tentang ini dan dlam pada masa yang sama saya amat sayangkan kucing saya.blh kah sesiapa memberi komen?saya ingin mengetahuinya..

  16. By feliscatus on Wednesday, July 22, 2009

    @fida,
    Memang tak ada formula utk tahu bagaimana seekor kucing meberi reaksi pd kucing yg lain. semuanya bergantung pada nasib :)

    bacaan tambahan: Menambah Kucing Baru Sebagai Teman.

    @catlina,
    haa teka jangan tak teka :p takdela, sy dah lama bersara. 7 org anak yg gagah perkasa dan tak lama lagi akan dapat cucu ke-3 :) btw ms kerja di klinik tu sy bukan di skudai.

    tapi kerja terakhir sy mmg di skudai tapi bukan klinik. misteri tu hehe. sy rasa blog awk lagi best, sebab penulisan yg dtg dari seorang vet sendiri. sy takde apa-apa pelajaran formal ttg veterinari, hanya dr pengalaman shj.

    @Sall ilham Tailor,
    Nak dapatkan anak kena ada plan jugak ke?sori gurau je :p

    sy bela kucign sejak dari ingatan sy yg pertama, hingga dewasa, berkeluarga dan sekarang dah bercucu. Satu-satunya alahan yg isteri sy terima hanyalah ketika menganfung anak ke-3 (tiba2 jadi sensitif pd bau kucing).

    tak ada apa yg perlu dirisaukan. mmg ada kekhuatiran jangkitan parasit yg dtg dari najis kucing tapi bg sy benda tu diperbesar2 kan sgt.

    asalkan kita jg kebersihan semasa bersihkan najis kucing tu pun dah cukup.

    sama seperti salmonella, bahaya juga pada kesihatan tapi kalau jg kebersihan dapur & peralatan memasak semuanya ok kan?

    bacaan lanjut: Toxoplasmosis

  17. By Qasiyh on Saturday, July 25, 2009

    org ckp kalau kucing nakal sgt kene jentik telinga,awak rase mcm mane???
    anak kucing saya yg baru pun sgtlah nakal...
    pecahkan pasu,curi daging burger,and kadang2 selalu cari gaduh dgn kucing lame saya...
    owh,owh nak tanye juga kucing rasanya ada perasaan jealous x???

  18. By feliscatus on Tuesday, July 28, 2009

    @qasiyh,
    cara plg best bg sy ialah guna penyembur air atau hon tapi jgn bg dia nampak. kita nk spaya kucing associate sesuatu perkara dgn sesuatu yg tidak disukainya (tapi bukan dari kita).

    cth: kucing curi daging burger dgn cara melompat atas meja.

    kaedah: stiap kali kucing meompat atas meja kita semburkan air (jgn bg dia nmpak kita pgang spray air tu).

    penjelasan: kucing akan fikir "oh setiap kali aku lmpat atas meja ni air akan disembur (dan aku tak suka air), lebih baik jauhkan diri dari meja ni".

    tapi kalau dia nmpak kita yg sembur...dia akan fikir "oh tuan aku suka sembur aku dgn air, lebih baik aku jauhkan diri dari dia".

    yg kita mahukan adalah senario pertama, iaitu kucing associate meja makan dgn air..dan bukannya diri kita dgn air. ini adalah kaedah mendisiplinkan kucing, iaitu kita 'masuk' dan 'berfikir' seperti kucing...kerana itu blog ini dinamakan Alam Kucing :p

    so, elakkan dari menjentik..sebab terang2 dia boleh nampak kita yg melakukannya.

    kucing jeles..ya, kucing juga rasa cemburu, disebabkan persaingan. kdg kala boleh menimbulkan stress pd kucing yg akan diterjemahkan kepada perlakuan2 yg tidak diingini..sperti berak merata-rata.

  19. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  20. By bulan on Thursday, October 14, 2010

    hai..best cerita pasal kucing ni.Saya ada seekor kucing betina, 2 ekor kak saya punya, kucing jantan.Maknanya ada 3 lah.Best ada kucing sebab ada hewan yang boleh dimanja2.Tapi yang tak bestnya,kucing kak saya asyik nak bergaduh ja,maybe berebut kucing betina saya.Sampai berdarah2 badan sebab bergaduh.Normal kah itu?

  21. By rain on Wednesday, February 16, 2011

    saya baru beli sekor kucing kampung yang saya namakan GEBU....umur dia baru nak masuk 1 tahun...dia seekor yang manja...buat masa sekarang dia x pandai lagi nak buang najis ditempat yang di sediakan...saya dah pon membeli BOX untuk DIA buangkan najis....tp x sekali pun dia buang dalam box tu...tp apa yang dia suka di penjuru-penjuru bilik tidor saya ja....kdang-kadang smpai 2 tiga kali sehari....penat....tlong bagi sugesst cikit tentang mendidik kucing uantuk membuang najis dalam BOX 2????

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS