Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Mengendalikan Masalah Kesihatan Kucing

Ditulis oleh feliscatus pada Wednesday, June 03, 2009

Kucing yang kita belai pada hari ini akan sakit untuk satu tempoh, dalam jangka hayatnya. Samada ianya adalah penyakit yang ringan, atau yang boleh mengundang maut. Kucing merupakan haiwan yang pandai menyembunyikan kesakitan, kerana fitrah semulajadinya tidak membenarkannya menonjolkan dirinya dalam keadaan lemah, kerana ini akan mendedahkan diri kepada haiwan pesaing.

Oleh kerana itu, walau seintim mana pun kita terhadap kucing, mungkin kita tidak menyedari bahawa kucing kita itu sebenarnya sedang menderita.

Atas sebab yang sama juga, berulang kali saya tekankan, samada ianya masalah perilaku seperti menggigit, menyerang, atau masalah pembuangan najis besar atau kecil, atau apa sahaja bentuk di luar kebiasaan yang ditonjolkan oleh kucing anda, letakkan masalah kesihatan sebagai punca utama dan berkunjunglah ke rumah kawan karib anda iaitu, klinik vet.

Apabila faktor masalah kesihatan itu telah berjaya diketepikan, misalnya doktor mengatakan tiada masalah kesihatan pada kucing anda, maka barulah mencari punca-punca lain. Blog ini diharap dapat membantu anda juga untuk mengenalpasti tanda-tanda masalah kesihatan dan lain-lain perkara berkaitan dengan kesihatan kucing. Kiriman ini memuatkan pautan kepada artikel-artikel sebelum ini yang berkaitan dengan topik kesihatan.

Bagaimana Memilih Veterinar Yang Sesuai | Bhg 1

Tidak semua vet adalah baik khidmatnya, itu memang benar. Namun dalam masa yang sama tidak banyak klinik vet swasta yang ada di Malaysia, kebanyakannya hanya di bandar-bandar besar, melainkan klinik haiwan kerajaan. Tetapi sesetengah klinik haiwan kerajaan fokusnya lebih kepada binatang ternakan, dan bukannya peliharaan, namun begitu lebih ada daripada tak ada langsung, kan. Klinik juga tidak seharusnya dikelirukan dengan pet shop, walaupun sesetengahnya mempunyai kemudahan kedua-duanya.

Bagaimana Memilih Veterinar Yang Sesuai | Bhg 2

Lanjutan dari kiriman sebelum ini, melihat apakah khidmat-khidmat yang boleh anda perolehi di klinik.

Si Comel Tidak Mahu Makan

Bezakan antara tidak mahu makan atau cerewet makan, serta sebab-sebab mengapa kucing tidak mahu menjamahnya.

Memujuk Kucing Untuk Makan

Beberapa cara untuk memujuk kucing untuk makan, juga rawatan yang biasa diberikan di klinik.

Kucing Yang Mengalami Masalah Cirit-Birit

Semua orang pun akan hilang sabar atau hampir-hampir sabar apabila melihat deretan panjang najis kucing yang cair di ruang tamu anda. Itu adalah contoh cirit-birit, dan memukul atau memarahi kucing tidak akan menyelesaikan masalah ini. Kita perlu melihat dahulu 5 punca utama cirit-birit sebelum mengubatinya.

Merawat Kucing Cirit-Birit

Kiriman ini memberikan beberapa kaedah untuk merawat cirit-birit. Konsepnya mudah sahaja, iaitu mengasingkan punca. Walaupun mudah, tetapi biasanya mengambil masa yang lama, dan menuntut sedikit kesabaran. Kiriman ini juga mengandaikan bahawa pembaca telah mengetahui punca cirit-birit tersebut.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 28 comments: Responses to “ Mengendalikan Masalah Kesihatan Kucing ”

  2. By Yahzah Republic Blog on Monday, July 06, 2009

    saya ada bela kucing parsi atau (DHL)saya nak tahu dinama salon kucing di johor bahru? Adakah di klinik haiwan ada kemudahan membersihkan badan, bulu dan kuku kucing?

  3. By feliscatus on Tuesday, July 07, 2009

    di skudai taman universiti ada, tapi dah lupa namanya. diorang buat sevis ke rumah. di klinik tu bergantung juga, sesetengah ada grooming service, sesetengahnya takde.

    sebenarnya bidang ni memang kekurangan di malaysia..itulah hakikatnya, huhu.

  4. By melissa on Thursday, July 30, 2009

    sya ada kitten yang baru berusia 3minggu. saya isau akan kesihatan kitten saya yang asyik nak tido dan tidak aktif berbanding adik beradik nya yang lain. bantu saya?

  5. By feliscatus on Thursday, July 30, 2009

    tak perlu risau, ianya normal. kucing tidur 16 jam sehari dan biasanya aktif pd waktu mlm (senja & awal pagi).

  6. By Anonymous on Monday, August 31, 2009

    sy mempunyai seekor anak kucing berusia dalam 3 bulan..sy risau sbb anak kucing ni smlm lama berada dlm litter box dia dan mungkingkah dia mengalami masalah sembelit..mcmana nak mengatasinya@ cara2 yg boleh membantu nya membuang..sy ada bc kat forum yg kalu selalu wipe kt tmpt tue akan membantunya membuang..sy nak bawa pi vet tp memadangkan arini cuti umum dsbbkn merdeka..harap dpt memberikan sdikit info..tq..dan adakah disebabkan permakanannya menjadi salah satu punca sembelit??sbb abg sy memberinya makanan basah whiskas yg dewasa pye kpd anak kucing nie..tq soo much

  7. By Anonymous on Wednesday, September 02, 2009

    cmne ek..sy de kucing jenis bengal..nama itam..itam skang kt wad..de mslh urine n virus..sy xnk itam tinglkn sy..sedihnya..

  8. By Anonymous on Tuesday, September 08, 2009

    saudara/i anonymous..

    saya ada amek supplement 4life transfer factor(tf) utk kesihatan saya.trus trang ckp harga agak mahal..apa yg saya nk kongsi disini adalah pengalaman saya bg kucing saya makan tf nih.

    tahun lpas mak saya terpaksa tglkan kucingnya sebulan tanpa jagaan.bila balik kami tgk si oren ni da mcm kucing kurap sampai nk pegang pon geli.bulu da botak2 n kulit berkudis basah.trus saya bg sebiji tf sehari selama 2 ari je.2minggu lpas tu sume kudis ilang dan bulu kembali tumbuh n oren sihat n cantik semula.

    kucing mmg senang makan tf ni sbb ia berasakan susu.dlm bentuk kapsul tp saya bukak sarung tu n otomatik kucing akan jilat.

    sampai skang saya hanya bg tf setiap kali kucing saya sakit n alhamdulillah ia berkesan.

  9. By Anonymous on Sunday, September 13, 2009

    saya ada bela anak kucing kampung yang berusia lebih kurang 5 bulan, bernama cantik. masalah cantik sekarang adalah buasir. daging dari dalam lubang najis dia dah terkeluar sepanjang jari kelingking saya. apa yang perlu saya lakukan?

  10. By Anonymous on Wednesday, October 28, 2009

    kucing parsi kesayangan saya NANA jantan berusia 1tahun setengah,saya perhatikan NANA bermasaalah sewaktu membuang najis kerana najisnya kadang-kadang berdarah..saya memberinya makanan iams sahaja dan air masak..masaalah pendarahan itu yang merungsingkan saya walaupun kadang2..apa puncanya ya????

  11. By feliscatus on Wednesday, October 28, 2009

    ada byk sebab ianya berdarah. biasanya samada cacing atau ketulan pejal keras yg menyebabkan luka pada usus. kalau kucing tu kelihatan bersusah payah untuk berak, mungkin najisnya terlalu keras, selitkan wet food dalam pemakanannya.

    kalau ada masa, bawa sampel najis tu ke klinik.

  12. By asma' on Saturday, January 23, 2010

    nk tanye..\tekanan darah dalam kucing sama ke dengan tekanan darah manusia?

  13. By Anonymous on Monday, January 25, 2010

    saya ada 4 ekor anak kunci. Masalah pertama, sudah pelbagai cara untuk mengajar dan mendidik mereka untuk menggunakan litter box, tapi masih juga ingin melepas di dalam rumah. apa patut saya lakukan?? Masalah kedua adalah kudis pada telinga. mereka sudah mendapat vaksin yang pertama. Walaubagaimanapun, terdapat kudis-kudis kasar pada telinga dan badan-badan mereka. Sila beri tunjuk ajar bagaimana mahu membuat kucing saya bijak & sihat.

  14. By sya on Wednesday, May 19, 2010

    saya ada kucing betina berusia 5 bulan, seharian die tido, badannya panas, tiada selera makan dan najisnya cair beserta darah... bantu saya tuk mengembalikan kecergasan kucing sy...

  15. By Anonymous on Monday, June 21, 2010

    sy ada seekor kucing parsi y sgt lincah. tp masalahnya,ade kudis2 dsekitar hujung telinganya. so, ape patut saye buat before kudis 2 jd teruk since kt tmpat sy ni xde klinik haiwan t'dekat.

  16. By cubez on Thursday, July 01, 2010

    salam sejahtera...kucing parsi saya...baru-baru ini asyik keluar air liur...meleleh dan berbuih...apa penyakitnya tu?

  17. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  18. By atie on Friday, July 09, 2010

    Baru2 ini kucing saya mengalami selsema dan sudah 3 ekor kucing saya mati disebabkan jangkitan selsema tersebut..yang saya geram nye setiap kali saya pergi ke klinik haiwan berdekatan dengan rumah saya untuk mengambil vaksin untuk kucing saya.tapi malangnya setiap kali saya pergi mereka akan berkata vaksin sudah habis,stok vaksin xsampai lagi. dalam masa 3 bulan ni saya pergi ke klinik tu masih lagi alasan yang sama diberikan!ada sekali tu saya bawa kucing saya untuk rawatan da la vaksin xda pekerja tu boleh kata kucing saya tu tunggu masa untuk mati je!! mana saya xmarah dala ubat xdek pastu cakap camtu lak.. kalau camtu baik xpayah bukak klinik haiwan sebab doktor haiwan pon jarang ada kat klinik tu! kalau macam ni macam mana saya nak lindungi kucing saya???!!

  19. By atie on Friday, July 09, 2010

    Baru2 ini kucing saya mengalami selsema dan sudah 3 ekor kucing saya mati disebabkan jangkitan selsema tersebut..yang saya geram nye setiap kali saya pergi ke klinik haiwan berdekatan dengan rumah saya untuk mengambil vaksin untuk kucing saya.tapi malangnya setiap kali saya pergi mereka akan berkata vaksin sudah habis,stok vaksin xsampai lagi. dalam masa 3 bulan ni saya pergi ke klinik tu masih lagi alasan yang sama diberikan!ada sekali tu saya bawa kucing saya untuk rawatan da la vaksin xda pekerja tu boleh kata kucing saya tu tunggu masa untuk mati je!! mana saya xmarah dala ubat xdek pastu cakap camtu lak.. kalau camtu baik xpayah bukak klinik haiwan sebab doktor haiwan pon jarang ada kat klinik tu! kalau macam ni macam mana saya nak lindungi kucing saya???!!

  20. By Anonymous on Friday, July 30, 2010

    kucing saya pregnant utk kali kedua..dlm dua minggu ni, dia kerap membuang air kecil berdarah..walaupn xkerap tp sy rasa risau..apakah sbnrnye mslh kucing sye??

  21. By nurul on Tuesday, November 02, 2010

    saya ada masalah besar... kucing saya memang banyak makan tpi tak gemuk2 jugak... kurus aje memanjang... ubat cacing saya da bgi... tolong.....

  22. By marz on Thursday, December 02, 2010

    sy ada bela kucing parsi (jantan) yang berumur dlm lingkungan 2 tahun,buat masa sekarang ini,kucing saya mengeluarkan air kencing bercampur dengan darah...
    saya nak tahu apa penyakit dia dan mcm mn blh terjadi,apakah punca yang boleh menyebabkan kucing saya mengalami yang sedemikian????

  23. By Khairunisa on Friday, February 04, 2011

    sy ada seekor kucing yang berumur lingkungan 2 bulan..dia selalunya sering mengiau apabila dia lapar dan aktif..sejak kebelakangan ini badan dia semakin kurus akibat kurang selera makan dan sering muntah-muntah serta cirit-birit.adakah kucing saya mengalami penyakit?skrg saya risau dgn keadaannya.....tolonglah saya!!!

  24. By Yullchunk.Photo Gallery on Saturday, February 05, 2011

    salam,
    saya mempunyai seekor ank kucing lingkungan umur 2 bulan.kucing ni saya terbiar dan ikut saya pulang ke rumah, kesian dengan keadaannya saya membelanya.saya ada bawa anak kucing ini ke vet berdekatan.doc telah berikan spray (sebab die banyak kutu) dan pada masa yang sama kucing saya cirit birit.doc berikan ubat pil dan ubat cirit..doc ada berikan sebotol ubat cegah cirit birit dan saya berikan 2 kali sehari seperti yg disuruh doc.
    tapi masalah ye..selepas 3 hari balik dari vet sy dapati perut anak kucing saya buncit.
    apa yang perlu saya lakukan...??doc sarankan saya hentikan pemberian susu khas kucing (sudah dilakukan) dan buat masa sekarang sya berikan whiskas junior untuk si kecil..
    adakah perut anak kucing normal akan buncit seperti ini??atau dia mengalami sebarang masalah??

  25. By Anonymous on Saturday, February 19, 2011

    Kucing saya tidak boleh kencing seperti batu karang kerana kucing saya hanya makan makanan kucing yang tak berjanama apa perlu saya perlu buat.

  26. By mellybee on Wednesday, July 20, 2011

    saya pun pantang tengok anak kucing kesedihan kalau comfom dia nak kan kita jaga dia, saya akan bawa balik untuk bela sampai doktor marah saya pasal asyik bawak balik kucing luar dia kata nanti ada virus, tapi pada saya itu terserah pada yang berkuasa yang penting hati kita, setakat nie macam2 penyakit kucing yang pernah saya lalui kalau yang mati itu biasa bagi saya , saya akan cuma selamatkan dia sedaya mungkin

  27. By mellybee on Wednesday, July 20, 2011

    atie senang aja pergi swasta pasal kita boleh tunggu tapi kucing kena selsema semakan hari dia akan lemah, pasal dia tak makan pasal tekak dia sakit dan berbau , ubat pun kita tak dapat masukkan dalam badan dia, jadi injection jalan terbaik jangan fikir lagi

  28. By md malaya on Monday, April 22, 2013

    tuan,mintak tlg sgt2..kucing sy dh mati sekor sebab satu pnyakit yg sy x tau..skng ni sy punya kucing kesayangan lak yg dijangkiti pnyakit yg sma,dia x nk mkn,dia muntah buih,dia suka duduk kt tempt sejuk dan berair,dalam longkang,dalam tandas....boleh x bg penjelasan tntng pnyakit pelik ni..sy tkt bjngkit dgn kucing2 sy yg lain..sy ada 6 ekor kucing lg yg masih hidup.dan minta tlg beri tip2 nk jaga dia waktu dia sakit ni..sy dh bawa ke pusat vet daerah,dia beri anti biotik..buat masa ni sy beri kucing sy minum air rebus beras je untuk bg dia sikit tenaga..dia x nk makan lngsung.sy bg dia minum dgn bekas jarum suntikan yg pusat vetrinar bg.

  29. By Anonymous on Saturday, December 14, 2013

    Saya ada seekor kucing parsi masalah saya bulu banyak gugur, kenapa ya.

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS