Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Perlukah Menyikat Bulu Kucing & Peralatannya

Ditulis oleh feliscatus pada Wednesday, May 13, 2009

Sikat dan berus kucing hadir dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna. Peralatan yang anda gunakan bergantung kepada panjang bulu kucing anda dan tahap toleransinya. Kebanyakan kucing suka disikat, tapi ada juga yang menjelma kepada harimau jadian apabila melihat anda memegang sikat.

Kebaikan Menyikat Bulu Kucing

Sikat
Sikat besi saiz sederhana/halus
Foto daripada GregRobert

Kebanyakan kucing akan mendapat manfaat apabila disikat sekurang-kurangnya sekali seminggu. Bulu gugur yang anda buangkan semasa menyikat itu dapat mengurangkan cebisan bulu yang biasanya terdapat di seluruh bahagian rumah.

Jika anda membela kucing, pastinya anda tahu betapa lecehnya untuk membersihkan bulu-bulu kucing yang bertaburan di merata tempat. Jika anda menyikat, sekurang-kurangnya ini dapat mengurangkan jumlah bulu itu, kerana ianya hanya terkumpul setempat, iaitu pada sikat anda dan bukannya di sofa atau baju anda.

Selain itu, menyikat juga dapat mengurangkan gumpalan rambut atau hairball, yang biasanya akan dimuntahkan oleh kucing. Selain itu, menyikat mengurangkan pembentukan matted fur, iaitu bulu berselirat pada lapisan bawah. Bulu bersimpul ini akan menyakitkan kucing kerana kulitnya ditarik oleh simpulan itu, dan akan memerangkap kotoran serta lembapan yang membawa kepada penyakit kulit pula. Untuk kes yang teruk, kita mungkin perlu mencukur keseluruhan bulu kucing (biasanya dilakukan oleh groomer di klinik).

Peralatan Menyikat

Mari kita lihat pula peralatan yang biasa digunakan untuk menyikat. Tidak lah wajib mempunyai kesemuanya, tapi setiap satunya mempunyai fungsi berbeza dan manfaat yang banyak jika kita menggunakannya.

1. Sikat

Sikat bergigi besi/dawai boleh digunakan sepanjang hayat kucing kita. Pastikan giginya licin, halus dan tumpul pada hujungnya untuk mengelakkan dari mencederakan kulit kucing.

Sisir yang halus digunakan untuk membuang kotoran dan juga kutu manakala yang jarang/kasar bagus digunakan untuk menyikat bulu panjang. Ia juga boleh digunakan pada bulu sekitar kepala dan lain-lain tempat sensitif pada badan kucing. Sikat yang mempunyai dua kombinasi sederhana jarang dan halus adalah memadai untuk tujuan ini.

2. Berus

Berus kucing
Berus kucing untuk buang bulu rosak
Foto daripada GregRobert

Berus yang mempunyai bulu kasar semulajadi adalah terbaik tetapi jenis nylon pun boleh. Cuma biasanya jenis nylon ini menghasilkan lebih banyak elektrostatik dan tidak berapa bagus untuk membuang bulu yang rosak/patah.

Sejenis lagi berus iaitu slicker brush juga bagus untuk sesi menyikat. Berus ini biasanya berbentuk segiempat pada bahagian muka dan mempunyai dawai pendek dan keras.

Ia sangat sesuai untuk kucing berbulu pendek dan berus ini bertindak seakan gerigi pada lidah kucing untuk membuang bulu yang sudah mati.

Slicker brush
Slicker brush seperti permukaan lidah kucing
Foto daripada GregRobert

Terdapat juga slicker brush yang mempunyai saiz ultra-short, atau berus yang dibuat dari getah, khusus untuk kucing yang cenderung untuk kehilangan terlalu banyak bulu jika disikat terlalu kerap.

3. Sikat kutu

Sikat kutu
Sikat kutu
Foto daripada GregRobert

Sikat kutu adalah peralatan yang sepatutnya ada bagi setiap pemelihara kucing. Selain dari memerangkap kutu, ia juga boleh membuang kotoran, daki serta bulu yang gugur.

Disebabkan giginya yang sangat halus, ia perlu digunakan dengan berhati-hati supaya tidak melukakan kulit pula.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 4 comments: Responses to “ Perlukah Menyikat Bulu Kucing & Peralatannya ”

  2. By Kasawari on Wednesday, May 13, 2009

    kucing saya suka disikat sewaktu sedang makan..

  3. By firdee on Thursday, May 14, 2009

    susah betul nak dapat peralatan kucing di Temerloh ni...vet swasta pon takde...gi ke jabatan haiwan kalo nak berubat diorang pon x cukup ubat-ubatan...aduh...

    thnx utk info ini ya =)...sangat berguna...

  4. By feliscatus on Thursday, May 14, 2009

    kasawari, kucing saya pun mcm tu (dulu la), tapi time tgh makan yg sedap2 je. hehe. kalau yg tak sedap, dia pusing, tgk dgn mata terkebil2.

    firdee, bukan kat Temerloh je, tempat lain pun sama. tak byk vet yg ada, kecuali bandar2 besar. ubat pun makin mahal sekarang huhu

  5. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS