Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Mengendalikan Masalah Perilaku Kucing

Ditulis oleh feliscatus pada Thursday, May 07, 2009

Adakah anda merasakan kucing anda terlalu 'nakal', atau suka kencing merata-rata, mencakar karpet atau sofa dan mengunyah kabel telefon anda? Ini semua adalah perkara yang berkaitan dengan perilaku kucing dan adalah penting untuk kita memahaminya. Peringkat pertama adalah faham mengapa ia berlaku, sebelum memulakan langkah mengatasinya. Sebahagian pemilik kucing suka membelai kucing, ketawa melihat telatahnya tetapi tidak mahu memahami tabiat kucing yang dibelanya. Apabila berlaku sesuatu perkara, misalnya melihat tompokan air kencing pada kaki kerusi, mereka bertindak dari sudut alam manusia iaitu kemarahan dan hukuman. Masih ramai yang tidak melihat dari sudut alam kucing, memahami mengapa perkara itu berlaku dan melakukan langkah pencegahan.

Kucing tidak mampu untuk melihatnya dari kacamata manusia, maka adalah wajar bagi kita, manusia yang mempunyai akal melihat sesuatu insiden itu dari kacamata kucing. Himpunan artikel di bawah akan membantu anda untuk memahami tabiat kucing, dan memberi gambaran bagaimana mewujudkan suasana di mana anda dan kucing boleh hidup bersama. Klik sahaja tajuk di bawah untuk membaca artikel penuh.

Dilema Masalah Perilaku Kucing


Ini adalah kiriman pertama di blog ini, menceritakan dilema yang dihadapi oleh pemilik kucing. Teruja dengan kemanjaan kucing lantas membuat keputusan untuk membelanya, namun menghadapi kerenah kucing yang akhirnya menaikkan kemarahan anda, dan kadangkala menghilangkan sabar lalu mengenakan hukuman fizikal seperti memukul, menendang atau menghumbannya ke tanah. Anda tahu ianya salah dan zalim, tetapi anda masih memukulnya kerana anda tidak memahami mengapa kucing itu melakukannya. Beri peluang kepada diri anda untuk membaca tajuk ini terlebih dahulu.

Penekanan utama dalam tajuk ini adalah masalah kesihatan. Jadikan klinik vet sebagai rakan karib anda.

Punca Masalah Perilaku Kucing


Mengapa ianya berlaku, ini adalah soalan yang sering disalah faham oleh kebanyakan dari kita. Apabila kucing melepaskan najisnya pada longgokan baju berbanding kotak najis, kita menganggap kucing itu jahat, tetapi tidak pernah melihat mengapa kucing itu menjauhi kotak najisnya. Kenali puncanya terlebih dahulu, ini akan membantu anda mengelakkan masalah itu berulang di masa akan datang. Percayalah.

Seperti sebelumnya, masalah kesihatan diberikan pertimbangan yang berat. Hafal nombor telefon klinik vet anda.

Mengapa Kucing Bersikap Agresif


Anda sedang membelai kucing anda, ia kelihatan tenteram di riba anda dan apabila anda berpaling kucing anda terus membenamkan kukunya pada tangan anda. Kiriman ini cuba melihat mengapa serangan sebegini muncul pada kucing anda yang kelihatan diam pada awalnya. 4 sebab umum diberikan dalam tajuk ini, bersama dengan tips untuk mengesan cubaan serangan dan mengatasinya.

Sekali lagi, penekanan utama diberikan kepada masalah kesihatan. Letakkan masalah kesihatan sebagai perkara utama dalam apa jua situasi berkaitan perilaku.

Mengubah Tabiat Kucing


Kiriman ini melihat bagaimana kita boleh mengajar kucing apa yang boleh, dan apa yang tidak boleh. Dimana tempat yang dia boleh memanjat, dan dimana tempat dia tidak dibenarkan memanjat. Di mana tempat untuk dia kencing, dan di mana dia tidak dibenarkan untuk kencing. Kaedah yang diberikan adalah yang boleh difahami oleh kucing, untuk membolehkan anda dan kucing hidup bersama dengan menetapkan peraturan-peraturan tertentu di rumah.

Peralatan Mendisiplinkan Kucing


Beberapa peralatan tertentu akan membantu anda mengubah tabiat kucing, tanpa mecederakannya. Anda boleh membelinya, atau menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkannya. Apa yang penting adalah alat bantu ini selamat pada anda dan kucing, dan ianya berkesan.

Memahami Perilaku 'Buruk' Kucing


Alangkah indahnya jika ketika kita sedang melihat kucing kita mahu mencakar sofa yang baru di beli, dan kita berkata kepadanya ,"Comel, jangan cakar sofa tu, ianya baru dibeli dengan Aeon Kredit dan belum habis di bayar lagi, duduk diam-diam". Kiriman ini akan memberitahu mengapa perbualan tadi tidak akan berlaku, dan mengapa kita perlu berhenti berharap kucing berkelakuan seperti manusia.

Menanda Kawasan


Barangkali perkara yang sering menaikkan kemarahan kita adalah kucing yang suka kencing merata-rata. Walaupun telah diulang beberapa kali bahawa neuter dan spay akan mengatasi masalah kencing ini sebanyak 90%, masih tidak ramai dari kita yang melakukannya. Kiriman ini melihat bagaimana mengendalikan baki 10% jika ianya berlaku atau jika anda masih tidak neuter/spay, cara-cara untuk mengurangkan perilaku ini.

Sediakan Tempat Untuk Si Comel Mencakar


Mencakar memberi manfaat pada kucing dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Mencakar memberi rasa kepuasan terhadap kucing, menjaga kukunya dan memberi regangan yang baik pada otot kaki serta tubuhnya. Mencakar juga adalah satu bentuk komunikasi, iaitu penandaan kawasan. Kita perlu menyediakan tempat untuknya mencakar dan kiriman ini memberitahu mengapa, ciri-ciri tiang pencakar yang baik dan bagaimana melatih kucing menggunakannya.

Membuang Kuku Kucing | Declawing


Declawing adalah prosedur pembedahan yang kontroversi yang melibatkan kuku kucing di buang. Di Malaysia tidak ramai melakukannya, mujurlah, kerana ia adalah menyakitkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

5 Sebab Mengapa Tidak Boleh Declawing


Kiriman ini memberi 5 sebab kukuh mengapa declawing tidak boleh dilakukan.

Tanda-Tanda Stress Pada Kucing


Ya, kucing serta haiwan lainnya juga mengalami tekanan seperti manusia. Kucing sepertimana manusia akan bertindakbalas terhadap tekanan tersebut, tetapi berita buruknya adalah tindakbalas itu mungkin akan menyebabkan anda mengeluh kerana sekali lagi anda terpaksa mengangkat baldi air dan mengenakan sarung tangan getah untuk mencuci kencing yang dipancutkannya di beberapa tempat.

Menggembirakan Kucing Yang Bosan


Kebosanan, salah satu faktor menyebabkan munculnya perilaku yang tidak diingini. Ia mungkin nampak remeh, tetapi ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap pemilik kucing. Kiriman ini menjelaskan apa yang kita boleh lakukan untuk menggembirakannya, sekaligus mengelakkan dari perilaku yang akan memeningkan kepala kita di masa hadapan.

Bertimbangrasa dan Konsisten


Kita tidak mahu kucing mencakar langsir, tetapi adakah kita menyediakan kayu pencakar untuknya? Kita tidak mahu kucing memanjat rak TV tetapi adakah kita menyediakan ruang lain untuknya memanjat, menjemur dan berehat? Bacaan ringkas tapi wajib jika anda sedang mencuba mengubah perilaku kucing anda. Jika kita tidak menepati 2 perkara ini, ubahan perilaku tidak akan berjaya malah mungkin akan mengundang masalah baru. Luangkan masa membacanya, supaya anda tahu mengapa 2 perkara ini penting.

Apabila Perilaku Tidak Dapat Dihadapi


Kadangkala segala usaha tidak berjaya dan kucing anda menjadi terlalu ganas untuk dikendalikan.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 17 comments: Responses to “ Mengendalikan Masalah Perilaku Kucing ”

  2. By KiTTuN on Friday, May 08, 2009

    wah.. cantik template baru blog alam kucing ni... perubahan drastik. Bahan dah byk...,ermmm... apa kata serikan lagi dgn pic2 kucing yg menarik. Saya suka tengok pic kucing.

  3. By firdee on Saturday, May 09, 2009

    saya juga mula-mula pelihara kucing memang hangin satu badan bila dia kencing dan berak merata dlm rumah. memang betul lah kita biasanya akan marah kucing tu mcm kita marah manusia juga. dengan adanya laman seperti ni harap dapat memberi lebih kefahaman kepada semua orang yang memelihara kucing =)

  4. By firdee on Saturday, May 09, 2009

    blog kucing saya http://lamankucing.via.my

  5. By feliscatus on Saturday, May 09, 2009

    thanks Kittun, aah la yek takde gambo. macam malas pun ye jugak, nak kena edit edit bagi saiz kecik sikit kalau tak lambat nak loading..tu yang rasa malas tu huhu

    firdee, nice blog, byk info kat situ. gamabr-gambar tu cantik2, power nih, hehehe. sy try nak masuk komen tapi tak dpt la, nape ye, blik klik macam tak jadi apa.

    btw, sy masukkan link to ur blog, awk kenal ke Oxy-Kucing tu? sebab posting blog dia sama sebijik je macam yg saya buat...bukan semua tapi ada la 2-3 perenggan kut

  6. By ai on Sunday, May 10, 2009

    EEEEEEEEEEE....Aku cukup benci ngan org yg sanggup nk pukul binatang! lelagi yg dibela..cuba la paham..huhuhu..

    ni kalau mak aku tau men tenet, musti tetiap hari dia baca blog kau ni..hihihi

  7. By firdee on Sunday, May 10, 2009

    @feliscatus thnx utk komen di sana...sori banget kerna saya tak perasan pasal komen tu sbb sblm ni guna theme lain ok...bila tykar theme baru tu jadi masalah plak komen...huhuhu...thnx utk link di sini...saya pon baru je berjinak2 dengan blog kucing tu...

    saya x kenal dia...saya masukkan link blog yg ada pasal kucing yg saya jumpa dgn pertolongan pakcik google...tak perasan pulak pasal post2 dlm blog tu sbb saya tak sempat baca lagi...

    kalau ada sesiapa di sini yg cuba masuk blog kucing saya tapi try banyak kali pon x dpt masuk jugak gitau saya eh...thnx...

  8. By fida on Monday, May 11, 2009

    hai felis, ingat lg sy..fida..

    urmm..kn sy ada kate sy lepaskn kitten sy dlm rumah dan dia pandai membuang. dh 3 hr sy blk dr keje sure ada tahi dia di karpet atau di tepi tingkap. sy pelik laaaa....time sy ada pandai pulak dia berak kt bekas pasir. pg2 sy bgn tido pn sy tgk mmg dia akan berak kt bekas pasir. tapi nape bile sy xde di rumah dia boleh berak merata2.

    skrg sy kurung dia dlm sangkar. tp tu la, kn sblm ni sy ade cerita yg kitten sy tu kuat mjerit. sy xbleh la dgr dia mjerit,sy mmg syg dia. sy x sanggup nk dgr.

    skrg sy tpikir nk pulangkn blk kitten tu. sy x mau jd mcm pendera pulak dgn membiarkn dia menjerit mcm nk abis nyawa..huhu...tp sy syg dia, dlm masa yg sama x sanggup dgr dia menjerit. nk dilepaskan takut dia berak merata lg...urmm..

    *jiwa kacau*

  9. By feliscatus on Monday, May 11, 2009

    fida, kbetulan jgk sy tgh compile artikel pasal bab buang najis ni. blh tgk kat latest post.

    ok, mula2..sooo sorry sgt2 benda ni jadi pd fida..huhu, mmg sakit jiwa, tapi rilek, tenang2 dulu ok.

    benda2 mcm ni kita kena letak health problem sbg keutamaan. najis dia normal ke? sama mcm sblm ni tak, lebih cair ke, meleret=leret, warna berbeza, bau lain mcm, lebih byk dari biasa etc. adakah dia meneran/bersusah payah utk berak?dia buang kat tmpat yg sama stiap kali?

    if u hv the time, bawa ke klinik dlu utk med checkup. bawak skali najis yg dia buang tu.

    in the mean time, tempat yg dia berak tu kena basuh bersih2 tmasuk hilangkan baunya. kalau ada lg bau, dia akan berak lg kat situ. the best ialah enyzmatic cleaner.

    then barricade the area, paling mudah letak alas plastik. yg biasa sy guna..sy letak kadbod, pastu letak double side tape (kucing tak suka benda melekit kat kaki).

    boleh tgk dulu kat sini:
    http://alamkucing.blogspot.com/2008/11/mengatasi-masalah-kotak-najis-kucing.html

    ok, part seterusnya yg paling susah..nak mencari puncanya. link bawah ada beberapa cara utk kenalpasti puncanya:

    http://alamkucing.blogspot.com/2008/12/pembuangan-najis-merata-rata.html

    try distinguish sau-satu dulu, benda ni amik masa juga, so kena sabar la ya.

    cadangan sy:
    1. bawa ke vet, pastikan no health problem, kalau tak usaha kita sia-sia je jika melibatkan kesihatan.

    2. clean & barricade the area.

    3. letak 1 lagi bekas pasir sebelah karpet tu.

    4. try lepaskan (jgn kurung)& tgk macam mana.

    4. update semula status kat sini,ok?

  10. By feliscatus on Monday, May 11, 2009

    extra, fida, ada kucing lain tak kat situ?

  11. By fida on Tuesday, May 12, 2009

    felis..kan sy kurung dia dlm sangkar smlm...tgh hari sy try blk umah tgk dia dh kua dh dr sangkar...uihhh dahsat kn kitten sy, memberontak smpai boleh terbuka pintu sangkar. Bekas makanan pon dh terbalik..x padan dgn kecik...huhu..dan seperti biase, ada tahi dia kt karpet (argghh karpet kuuuu)..tp dia x berak pn di tmpt yg sama. tahi dia nasib baik la bkn cair, tp berketul. so senang la sket nk bersihkan.

    sy rase dia x boleh tinggal sorang diri laaa. sbb time sy ade di rumah, dia cukup baik, manje, suka buat muka comel, pandai berak/kencing kt bekas pasir, sesekali mengiow. TAPI bila sy pergi kerje jer, mak aiii dia punye menjerit kt pintu bleh pitam dgr..hahaha...

    mmg dia sekor je kucing yg sy bela. nk bela dua x mampu, lg pn sy bela kucing adalah sebagai peneman sy dirumah memandangkn sy tinggal sorang.

    sy rase dia 'protes'!!!

  12. By feliscatus on Tuesday, May 12, 2009

    awk barricade tak area tu?

    mmg ada sesetengah kucing yang terlalu manja. bila dia tgk tuan dia keluar, dia fikir dia telah ditinggalkan.

    benda ni pernah jadi kat sy masa sy outstation selama 4 hari, bila balik rumah kucing sy melabur atas sofa sy. lepas buat med checkup, tgk takde apa-apa masalah.

    kelihatannya dia menyampaikan mesejnya pada tempat yg sy selalu lepak (atas sofa).

    kalau ini puncanya, awk kena pujuk dan tenangkan dia, yg awk akan balik semula. jgn tanya sy waras atau tak, tapi bond yg wujud antara manusia & binatang boleh menjangkau batas bahasa.

    awk kena sediakan alat permainan utknya, supaya dia occupied dan tak rasa ditinggalkan, dan tidak stress.

    paling mudah beli balang dan isi ikan kecik dalam tu. kbanyakan kucing akan lalai tgk ikan bgerak2. cara yg sy guna, sy letak bird feeder kat tepi tingkap, burung akan dtg sbb ada makanan, and guess what, kucing sy mmg teruja sungguh tgk burung tu & dia kembali berak pd kotaknya (tp pastikan tingkap tertutup la).

    ada org guna semburan Feliway, yg mengandungi hormon utk menenangkan kucing. sesetngahnya berjaya, ada juga yg tak..sy tak pernah cuba.

  13. By feliscatus on Tuesday, May 12, 2009

    http://alamkucing.blogspot.com/2009/01/menggembirakan-kucing-yang-bosan.html

  14. By fida on Wednesday, May 13, 2009

    TQ ye felis kerana melayan masalah sy...awk dh mcm doktor kucing plak...x pon mcm mak/bapak kucing..hehe (x tau la awk yg mn satu, mak atau bapak) :)

  15. By feliscatus on Wednesday, May 13, 2009

    thx fida, tapi apa update kucing awk tu, dah ok ke?

  16. By Ena Faiz on Monday, August 10, 2009

    mak aku ajr, amik lidi ukur ngan ekor kucing tu, potong dan pacak kat tmpt yg korng nk dia buang najis kt ne..hehe..1st time aku bela kucing aku try lps 2, 3 hari br jadi..

  17. By Anonymous on Thursday, November 11, 2010

    syew bru jew bela kucing parsi..
    sye bli la makanan friskis biase..
    tp kucing saye x boleh makan makanan tu..dia x boleh kunyah..
    ape makanan kucing yang patot saye kasi..
    kalo whiskas yang dlm tin yg cair tu boleh kew..?

  18. By Anonymous on Sunday, December 09, 2012

    Geram btul dgn kucing bangsat kt area rumah ni. Ntah la sekor ke atau bbrapa ekor kucing datang kencing kat area tempat saya tinggal. mula2 kencing kt area depan bilik sy...tadi kencing btul2 depan pintu bilik sy. Apa yg kucing tu mahu?? Naseb x cam kucing mana, kalau cam mmg kne penendang kucing sialan tu!

    ps. ak minat kucing tp yg baik TAPI ak dh lama xbela kucing sb hygiene, klu reti kencing kt lua xpe jgak...ni dh la masuk rumah mcm pencuri lps tu kencing...

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS