Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Merawat Kucing Cirit-Birit

Ditulis oleh feliscatus pada Wednesday, April 08, 2009

Setelah punca masalah cirit-birit dikenalpasti, rawatan susulan boleh di lakukan. Langkah pertama adalah mengasingkan punca masalah itu sendiri. Misalnya jika susu lembu menjadi punca, maka buangkannya dari diet. Produk berasaskan tenusu boleh dihindarkan dari diet tanpa menyebabkan kekurangan nutrien kerana ia bukannya sebahagian dari diet yang sihat untuk kucing.

Jika terlebih makan adalah puncanya (dikenalpasti dari beberapa ketul najis besar,cair, tidak berbentuk) maka pemakanannya perlu dikawal. Berikannya 3 kali hidangan kecil berbanding sekali hidangan besar sehari. Bawakan air dari rumah atau air botol jika anda membawanya ke kampung kerana air di tempat berbeza juga boleh menyebabkan cirit-birit (bagi manusia, air semuanya sama tapi kucing mempunyai deria rasa yang berbeza).

Jika bahan toksik hadir dalam badan, bahannya perlu dikenalpasti kerana antidot yang spesifik boleh diperolehi. Atau bawa sahaja kucing anda ke vet untuk pemeriksaan.

Cirit yang disebabkan oleh alahan makanan boleh dirawat dengan memperkenalkannya diet khas (perlu dirujuk kepada vet) selama lebih kurang 8 minggu. Jika ciritnya hilang, kucing itu boleh dibiarkan dalam program diet ini, atau lain-lain makanan boleh diperkenalkan secara sedikit demi sedikit sehingga bahan alahan itu dikenalpasti (apabila simptom cirit itu berulang semula). Bahan makanan yang telah dikenalpasti itu kemudiannya perlu dibuang dari diet.

Alahan yang menyebabkan muntah atau cirit-birit ini biasanya tindakbalas terhadap unsur protein dalam makanan, pengawet, perasa, pewarna atau apa sahaja yang terkandung dalam makanan itu. Seperti sebelum ini, menghindarka bahan tersebut dari pemakanan akan menghentikan cirit-birit ini. Memang ada jenama yang terkenal juga di Malaysia ini yang sering membawa masalah cirit-birit kepada kucing, dipercayai disebabkan pewarna tiruan yang digunakan. Saya tak mahulah sebut di sini, anda boleh mengunjungi forum-forum untuk mengetahuinya.

Selain itu, jenama seperti Eukanuba, dan Royal Cannin terutamanya, mengandungi diet khas untuk masalah alahan makanan. Anda boleh melihat labelnya tertulis Hypoallergenic, Neutral Formula, Limited Ingredients atau Ultra Allergen. Makanan ini adalah khas untuk kucing yang mengalami masalah alahan.

Kucing yang mengalami cirit-birit berlanjutan lebih dari 24 jam perlu di bawa ke vet tanpa lengah. Bawakan sekali sampel najis kucing anda supaya ianya boleh diperiksa kehadiran parasit atau bakteria. Vet yang bertanggungjawab sepatutnya akan memeriksa najis tersebut.

Kucing akan kehilangan bendalir badan dengan cepat dalam situasi cirit-birit, dan boleh membawa kepada kejutan serta pengsan. Punca cirit yang kronik boleh menjadi sukar untuk ditentukan dan memerlukan analisis makmal serta kawalselia oleh vet yang profesional.

Cirit yang singkat tanpa kehilangan bendalir yang banyak boleh dirawat di rumah. Jangan beri sebarang makanan selama 24 jam, berikan jumlah air yang sedikit untuk kucing menjilat. Apabila kucing kelihatan semakin sembuh, perkenalkan makan pejal semual secara berperingkat (3-4 kali hidangan kecil sehari). Mulakan dengan diet yang tinggi protein (dari haiwan dan bukannya tumbuhan).

Elakkan makanan tinggi karbohidrat dan makanan kering kerana karbohidrat yang berlebihan boleh menyebabkan cirit berulang. Secara berperingkat juga, kucing anda boleh kembali kepada diet biasanya. Ada sesetengah pemilik kucing menggunakan bahan yang dipanggil Loperamide atau Imodium untuk melambatkan aktiviti dalam usus kucing. Rujuk kepada vet anda terlebih dahulu untuk perkara ini kerana ia agak kontroversi.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 19 comments: Responses to “ Merawat Kucing Cirit-Birit ”

  2. By de_jamal on Friday, October 16, 2009

    i baru jumpa anak kucing persi..dibuang or ditinggalkan ibu tah la..umur i rasa dalam 3 minggu..leh bagi mandi ker?selain mandi macam ner nak buang kutu yang ada pada si comel ni...satu lagi..i telah bantu untuk dia kencing tapi berak tak keluar pulak...bahaya tak kat si comel ini klu x berak???

  3. By feliscatus on Sunday, October 18, 2009

    boleh bagi mandi, nak buang kutu ada syampu khas. guna sikat kutu pun boleh. ubat pun ada beberapa jenis di kedai.

    utk berak, cuba lembabkan dan gosok bhg punggungnya dengan kain lembut & lembab selepas makan. kalau 2 hari tak berak juga, pegamng perut kalau rasa keras bawa ke klinik

  4. By Anonymous on Sunday, December 13, 2009

    wow..the great blog about cat.saya baru ada persian cats. 2 ekor, adik beri.tengah study menjaga kucing ni..blog ni membantu saya mengenali kucing..thanks alot..semoga anda dimurahkan rezeki selamanya..

  5. By Anonymous on Wednesday, April 21, 2010

    saya ader bela kucing jenis dhl...tp semalam subuh die muntah....then mgkin ptg kot dier muntah lagi...muntah nyer masih berbentuk makanan nyer cume beza nyer sikit kembag...then dr semalm die tak beyak lg cume buang air kecikjer...saya dah risu giler ni....tp dier masih nk mkan ...cume beza nyer...makanan yg dah agak lemau,.....die tak nk makn.....pastu dier makan tp tak sebanyak selalu...tp bile bg tibits untuk kucing....suker lak makan. knape ye...tolong la.

  6. By Anonymous on Thursday, April 22, 2010

    jawab ler en.felis

  7. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  8. By Lady Bee on Friday, November 19, 2010

    anak kucing saya baru berumur sebulan ( mix parsi ) dah dua hari dia cirit birit..kesian sgt saya tgk dia..sebelum ni dia la yg paling aktif..lepas kena cirit birit..dia mcm x bermaya..utk pengetahuan, dia hanya minum susu ibunya..saya jd x berani nak bg dia makan wet food (for junior)...saya buntu..sbb adik beradik dia xde masalah pon..hanya dia je seekor..boleh bantu saya..??

  9. By Anonymous on Friday, March 04, 2011

    sy pny ank kucing siam, tp mnggu terakhir ni dy cirit-birit, sy bngung hrus mcam mn? sebab mama sy kata, slah dr mkn, tp sy rsa mkn'ny baik

  10. By Anonymous on Friday, April 22, 2011

    saya ada seekor anak kucing,dan kucing sy sudah cirit birit hampit 3 hari huhu sya risau dgn keadaan nya,selera makanya juga makin bkurangan,bila sy beri friskis dia taknak mkn tp bila sya bg isi ayam dya mkn bnyak,sya tahu spatutnya dia tak bley mkn aym tp sya sdey klu tgk dya tak mkn,najisnya nya terdapat sedikit darah dan kadg2 dya akn tebuang najuis dgn kerap dn dmerata2 tmpat,apa yg harus sy lakukn huhu

  11. By Anonymous on Tuesday, October 18, 2011

    kalau hantar pegi jmpe vet kene byr ke ?? then , kalu nk beli ubat utk kucing yg cirit birit mahal ke ???

  12. By Anonymous on Tuesday, October 18, 2011

    kalau hantar pegi jmpe vet kene byr ke ?? then , kalu nk beli ubat utk kucing yg cirit birit mahal ke ???

  13. By Anonymous on Monday, January 02, 2012

    kucing saya mengalami berak berdarah.cair pulak tu.saya selalu bagi makan wiskas, friskiesdan nasi campur ikan/daging/ayam.saya bagi minum susu lembu jugak.saya tak tau macam mane nk rawat.kalau bahaya tolong jawab cepat sikit PLEASE.tq

  14. By miznurul on Wednesday, July 04, 2012

    Pernh anta konsultasi dan injet 20. Ubat sebotol 10

  15. By Anonymous on Monday, December 31, 2012

    sy ada 3ekor kucing,jnis mknn nye sy bg jnis yg kering.sy nk tnya knp dorg berak ada kuar darah?hal ni sering berlaku tiap kali dorg berak.

  16. By Nurul Wahidah on Tuesday, February 26, 2013

    kucing saya mengalami cirit birit sudah 2 hari...dan matanya nye juga ade selaput warna putih tapi selaput tu hnye menutupi setengah matanye je... apa punca?

  17. By Anonymous on Thursday, May 30, 2013

    ada kucing sesat kat umah sy.. anak kucing.. tp bontot dye sentiasa ada najis yg cair.. n bontot dye merah.. slalu gak cuci tp pastu dye berak lg.. melekat abis kt bulu.. kdg2 ada ulat dekat bontot dye.. mcm mane nak buat ye.. kami ni student nak bwk pg vet mmg xberwang lah.. hihi mampu cuci je..

  18. By mizznonie on Saturday, June 22, 2013

    biasanya kucng berak berdarah dsbbkn batu karang,plz refer ke vet dgn kadar segera!

  19. By Anonymous on Thursday, October 10, 2013

    Nak tanya. anak kucing saya ni ada masalah sembelit skrg ni. Anak kucing saya tu masi lg menyusu. Apa yg harus sya lakukan selain g klinik vet.

  20. By surida dzulkifli on Monday, March 31, 2014

    saya ada 2 ekor kucing...mase umur kucing tue 2 bulan saya dah pergi klinik veterinar utk cucuk vaksin...tapi lpas kucing tue cucuk vaksin diorang tros kene cirit birit...kenape yew???

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS