Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

5 Sebab Utama Kucing Mengalami Cirit-Birit

Ditulis oleh feliscatus pada Wednesday, April 08, 2009

Cirit-birit atau diarrhea adalah najis yang tidak pejal dan lembab berair. Dalam kebanyakan kes, najisnya kelihatan banyak dan terdapat peningkatan pada aktiviti pergerakan usus perut. Dalam bahasa mudahnya, anda akan melihat kucing anda membuang najis beberapa kali, dan kadangkala tidak tertahan dan melepaskannya di lantai, karpet atau riba anda.

Najis kucing yang normal adalah pejal, lembab tetapi tidak berair, berbentuk silinder dan cembung pada hujungnya. Apabila makanan dihadam, usus kucing akan menyerap sekitar 80 peratus lembapan, kerana itu najisnya 'terbentuk' dengan baik. Apabila kucing mengalami cirit-birit, makanannya tidak dihadam dengan baik dan tiba pada hujung usus (rektum) dalam bentuk cairan. Inilah sebabnya kita melihat najis kucing yang cirit-birit berbentuk cair dan tidak pejal.

Selain itu, cirit juga mengandungi sisa makanan yang tidak terhadam (misalnya anda memberinya ayam, anda boleh melihat sisa daging ayam pada najisnya), dan kadangkala mengandungi lendiran (mukus) pekat seperti hingus atau juga mengandungi darah. Apa yang kita perlu faham ialah cirit-birit bukanlah penyakit, tetapi ia adalah tanda (simptom) terhadap penyakit tertentu.

1. Terlebih Makan.


Biasanya inilah yang berlaku, samada anak kucing atau kucing dewasa.

2. Makanan tidak sesuai.


Kadangkala makanan yang biasa bagi kucing lain tapi tidak sesuai pula untuk kucing kita. Contohnya ada kucing yang tidak boleh menerima makanan berasaskan makanan laut (ikan, sotong, udang). Kadnagkala penukaran diet secara mendadak juga boleh menyebabkan cirit.

3. Susu Lembu dan produk sampingan susu.


Kucing sukakan rasa susu lembu tetapi mereka kekurangan enzim laktase untuk menghadam laktosa (gula) yang terkandung di dalam susu lembu (atau mana-mana produk berasaskan susu).

4. Keracunan


Punca dari makanan tercemar. Makanan dalam tin atau kering juga boleh tercemar samada dari proses pembuatannya atau kita sendiri yang mendedahkannya kepada bahan pencemar. Kucing dewasa jarang keracunan makanan kerana mereka lebih sensitif (tetapi tidak bagi anak kucing) namun toksik boleh masuk dalam badan ketika mereka menjilat bulu dan kaki mereka yang terkena toksik (seperti minyak, pencuci pinggan, sabun dsb). Toksik juga boleh menyebabkan muntah-muntah.

5. Cacing.


Samada anak kucing atau kucing dewasa, mereka boleh dijangkiti oleh cacing parasit. Kemungkinan ini lebih besar bagi anak kucing dan kucing yang di biarkan merayau di luar rumah. Kehadiran lendir (mukus) atau darah pada najis juga menunjukkan tanda-tanda masalah cacing. Kucing yang ada masalah cacing akan menjadi tidak selera makan, cepat letih, badan menyusut, cirit-birit dan kadangkala muntah-muntah. Setiap jenis cacing ada rawatan pencegahnya sendiri, dan untuk merawatnya perlulah di bawah kawal selia vet.

Jadual di bawah boleh membantu anda untuk mengenalpasti punca utama cirit-birit. Kita boleh melihatnya dari segi warna, rupa, bau, kekerapan dan keadaan kucing itu sendiri. Perlu diingat, ini hanyalah kemungkinan sahaja, untuk diagnos lebih tepat anda perlulah membawanya ke vet.

p/s: Opppsss...saya tak tahu macam mana nak buat jadual kat blog ni. Update semula yer :p

p/s: OK update..Jadual tersebut boleh di muat turun di sini.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 31 comments: Responses to “ 5 Sebab Utama Kucing Mengalami Cirit-Birit ”

  2. By ida on Monday, April 13, 2009

    hi, saya baru membela seekor anak kucing yg berusia dlm 3bln, masalahnya baru2 ni suami saya dapati ada cacing ditahi kucing ni, dah 2 kali ada cacing, dan nampak kucing mcm murung dan tak lalu makan, naik risau saya tgk perangai dia..selalunya dia kuat makan dan aktiv.jadi mcm mana ada kah kucing saya ada penyakit cacing yg kronik sampai dia nampak down dan kurang selera makan..btw saya bagi kucing makan wiskas,royal canin dan friskies tukar2 menu takut dia boring.tq

  3. By feliscatus on Tuesday, April 14, 2009

    hi Ida,

    Apabila kucing dijangkiti cacing, dia takkan sembuh dgn sendirinya. Satu-satunya cara adalah membawanya ke vet utk dirawat. Sukar nak pastikan samada kronik atau tak, kecuali dibuat pemeriksaan klinikal.

    Bawanya ke vet dan sampel tahinya. Vet dapat mengenalpasti cacing jenis apa yang menjangkitinya dan memberi ubat yang sesuai.

    Jika caicng tu dari makanan, awk kena asingkan makanan tu, tapi kalau kucing outdoor, memang payah nk kawal.

    Kalau cacing tu dari telur kutu, biasanya vet akan bagi ubat kutu sekali.

  4. By Anonymous on Thursday, April 16, 2009

    hi
    sy br amik anak kcg dr kg(muar).
    mslhnye, wkt sy amik die, ok je.
    tp bile sy bw blk umah(kajang), esoknye die cirit smpi ari nie.
    sy cume bg minum susu ngan mknn kering.
    selera mkn die x bkrg, btmbh adela.
    die jgk jrg kuar rmh.
    camne ar? sy syg die....
    tp penatla nak bsh tahi die...

  5. By feliscatus on Thursday, April 16, 2009

    hi anon,

    saya andaikan awk bg susu khas kucing?

    cuba download dulu fail yg saya berikan tu utk dapat gambaran asas pnca cirit-birit.

    lihat juga artiker macam mana nak rawat cirit-birit.

    utk permulaan, kurangkan dulu jumlah makanannya, bagi dia puasa dulu sehari tapi berikan sedikit air sekadar utk menjilat shj (jgn lebih).

    kalau esoknya tak ok lagi,bawa ke vet seberapa segera. dulu masa sy muda-muda (ni dah tua..), saya dah kehilangan 2 ekor anak kucing kerana cirit birit yang tidak dirawat. anak kucing sensitif sikit kerana cirit mengakibatkan badannya kehilangan air dgn banyak.

  6. By sya on Wednesday, July 29, 2009

    saya mempunyai anak2 kucing yatim piatu 3ekor. saya telah membeli susu khas untuk anak kucing tapi saya dapati susu tu daripada susu lembu dan saya dah mule isau akan kesihatan anak2 kucing saya. takut ia akan dapat cirit2 birit. pa saya ptt wat?

  7. By feliscatus on Wednesday, July 29, 2009

    Susu khas utk kucing tidak mengandungi laktosa(gula) atau kandungan laktosa nya kurang. kadang2 dimasukkan juga enzim lactase kedalamnya utk membantu memecahkan laktosa (kucing akan kehilangan enzim lactase bila makin dewasa, sebab tu tak dpt hadam laktosa).

    so cek dulu kandungan laktosanya. tapi kalau susu tu mmg dah dirumus khas utk kucing, biasanya takde masalah.

  8. By anjut on Wednesday, August 05, 2009

    salam feliscatus,

    kucing2 saya ada masalah, terutama yg si Leyla tu.

    dah dua hari cirit birit, n lepas baca sebab2 tu, syaa rasa dia ada kaitan dengan pemberian makanan yg berlebihan. untuk pengetahuan, saya memberi iams multicat kpd mereka.
    sebenarnya berapa banyak kena bagi kucing ni?sbb sebelum ni, mak saya yg bagi makan. yg saya tahu, kucing tu kerjanya makan, berak tidur..tgk kat belakang pack tu dah ikut bebtul portion dia, tapi sebab ada 3 ekor, so diorg ni makan x ikut magkuk, selagi ada, selagi tu makan...

    leh bagi sugessstion tuk proportion food ni?saya hanya bagi makanan kering jer, sbb yg basah kata nyer tak bagus sgt..

  9. By feliscatus on Friday, August 07, 2009

    makan tak ikut mangkuk tu maksudnya apa?tak bape paham,,,

    ikut yg dicadangkan pun dah ok, kalau jadi gemuk bermakna kurang bermain. nak kurangkan jumlah makanan pun blh (kurangkan sedikit demi sedikit, jgn mendadak) tapi yg terbaik adalah ajaknya supaya lebih bermain.

    saya bg royal canin, cuma bagi sikit je. kdg2 bg treat sbg hadiah dan sebulan sekali bg ayam rebus (kosong).

  10. By anjut on Saturday, August 08, 2009

    owh, ok. saya ikut nasihat yg bg diorg kuantiti sikit, tapi 3 kali sehari. alhamdulillah, najis diorang dah jadi pejal balik. saya rasa mmg kaitan dgn makanan, sbb saya biasanya tuang jer bebanyak iams tu sbb mls nak topap2. yg persian jantan tu jenis kuat makan, sampai buncit perut. nak kata kurang bersukan, ermm, dgn saya2 sekali berpeluh main bola. skrg ni diorg ok da. thank u felliscatus.

  11. By feliscatus on Saturday, August 08, 2009

    tapi perasan tak kucing persian ni mana-mana pun mmg nampak cepat gemuk kan.

    oh 3 kali hidangan kecil mmg diet yang berkesan. ramai org bg satu mangkuk penuh dgn makanan, tak betul cara tu. makanan ideal bg kucing ialah tikus, so kalau mangkuk penuh dah berapa banyak tikus dah tu.

  12. By Et CeTera on Wednesday, November 25, 2009

    hello, saya ada 3 ekor anak kucing, mix dengan local. masalah nya sekarang kawasan rumah saya tidak membenarkan saya membela kucing yang banyak. ada sesiapa yang berminat nak amik tak? 2 ekor memang persian look (ekor panjang seekor, ekor pendek yang berpintal seekor, satu lagi tuksedo colour dengan corak dekat mata macam topeng zorro. umur baru 16 hari, dah buka mata dan baru start berjalan sikit2. ada sesiapa yang berminat? saya bagi for free aje, coz saya tak sampai hati nak buang ... (tapi mak saya bising.. :( . kalau nak boleh email saya by this email, rdiana79@gmail.com. hopefully dapat reply soon 4rm any blogger

  13. By Anonymous on Saturday, February 06, 2010

    salam, saya ada 2 ekor kucing. 3 bln yg lps salah seekor kucing saya mengalami cirit birit. Saya dh bwa jumpa vet dan alhamdulillah slps mkn ubat kucing saya beransur baik. Tp dlm 2/3 hr nie saya tgk salah seekor kucing saya mengalami pengeluaran najis yg tidak terkawal dan kucing saya selalu menjilat najis nya yg tercicir di lantai. Dan saya prnh nmpk segumpal nasi yg x hadam keluar dr mulutnya. Skrg nie saya mengasingkan kucing2 saya tu. Utk pengetahuan kucing2 saya makan makan yg sama je.Ikan rebus n nasi + whiskas.. Agak2nya kenapa ye..Hr isnin nie nk bawa kucing saya ke vet tuk pemeriksaan..

  14. By Anonymous on Saturday, February 06, 2010

    Assalamualaikum wbt...

    Saya ada beli ubat pembunuh kutu jenama FRONTLINE COMBO SPOT - ON CAT. Dah siap beli saya mula terfikir bahaya jika kucing menjilat racun tu.

    Kucing itu sendiri memang payah nak jilat sebab racun ini diletakkan ke tengkoknya. Masalahnya saya takut kucing saya yang lain akan menjilatnya.

    Adakah ubat ini merbahaya jika kucing menjilatnya.

  15. By Anonymous on Friday, March 19, 2010

    Salam, kucing sy mengalami masalah cirit-birit sejak berbulan2 yg lalu. Masih tak sembuh. Ia sy ambil dri kampung. Sampai ke bandar, mmg x keluar dri rumah. Makan plak nasi ngan ikan bilis je, bg la ape2 pun, ikan mentah ke whiskers ke, semua dia x mo makan...bg ubat dia luahkan...entah nk buat camne...bdn bkn main gemuk tp cirit-birit x berenti...najis bersepah sana-sini...mcm dah loose je..pls...what shud i do??

  16. By Anonymous on Saturday, May 15, 2010

    a`kum,sye ni bru je msuk lman web ni sbb sye da xde tmpat len lg nak bertnya...mmg la kucing2 sye tu ada vet drg mlah sye slalu brhbung ngan doc kat vet tu sbb sye ni cpat cmas kalo kucing sye sakit2.sye ada 5ekor kucing 2 local 1 100%persian 1 persian cross 1 siam.1 ekr kucing local sye ni kuat mkan tapi knpa bdan dia x gmuk pun krus je??????1 ekr kucing sye yg 100% persian tu pulak dari pertama saya beli sampai skang najis dia lmbut je x prnah pejal pun knpa agaknya ya???????sya da bgtau doc vet tu tp dia asyk bg mkan ubt je.x bek jgak.....tlonglah bg jawapan

  17. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  18. By chriselda on Sunday, September 26, 2010

    hye.kucing sy mgalami ciri birit.sy rasa sdh bila tgk da tak brmaya n pabila nak dduk tak dpt coz rasa skit pada tmpat da buang najis.dah msk 3 hari da mcm tu.sjk sy jga da,sy tak pnh tukar2 makanan yg sy beri kat da.mak sy kat kg suh sy bg minum air gula yg pekat,if kucing tue muntah berbuih slepas minum air bergula tue maknanya da keracunan makanan.slpas minum da muntah brbuih.sy rs risau sgt.pa perlu sy bt?nak bw ke klink haiwan sy tak ada duit,maklum la sy mc study.blh tlg sy mcm mna cara nk rwat cra lain n bgimana kurngkan rsa skit pda tmpat da buang najis?

  19. By aLiN on Tuesday, October 26, 2010

    En/Cik feliscatus, saya tak boleh nak download jadual yg dilampirkan kat atas tu. :( Boleh tak diberi link baru?

    Terima kasih...

  20. By Yuki-Dolfie on Sunday, November 07, 2010

    erm...helo~
    my cat start cirit-birit after he kill my hamster... T-T
    is it becouse he ate my hamster,
    that why he cirit-birit?
    so wat can i do???
    can u e-mail me the information?
    thankyou so much~
    my email,
    yuki_dolfie@hotmail.com

  21. By catloverfamily on Thursday, April 28, 2011

    saya nk mintak tolong sangat2,,,,saya ada seko anak kucing umur 1 bulan,,sejak 2-3 ari ni,,,yer berak cair dan semakin kurus walau makan banyak,,,is there any treatment saya boleh buat sebab rumah saya memang jauh dari vet...ini email saya catloverfamily@yahoo.com

  22. By Awang Hafiz on Friday, June 17, 2011

    This comment has been removed by the author.

  23. By Awang Hafiz on Friday, June 17, 2011

    saya x boleh download juga... minta tolong renew link yer encik.

  24. By danial afiq on Friday, July 01, 2011

    kucing sye pula berak wrna hijau daun pisang tpi cair knpe ye...tpi active....???

  25. By mira on Saturday, December 10, 2011

    Assalamualaikum..
    Saya amat sangat berharap awk dpt mbantu sy mnjawab persoalan sy secepat mungkin..kerana ank kcg sy sdg skt, sy syg sgt ank kcg sy ni..

    masalahnya: sy ade pergi ke klinik veterinar, dr bg ubt cacing, ms tu umr ank kcg sy 3bln, selang 2 bln skali lg sy pergi ke klinik veterinar krn ank kcg sy kt punggung sepanjang masa kua njs, tp dr ckp xpe..skali lg die bg ubt cacing..skrg, slps 2 bln, ank kcg sy semakin trk..smp lembik dh bdn2..sepanjang masa kua njs, cair...

    knp dgn ank kcg sy??? di sebabkan ubt cacing ke??? dan bagaimana nk atasi???

    ble sy tgk ank kcg sy, sy mnangis sbb sy sayang sgt2 dgn die...tima ksh pn...

  26. By az on Saturday, May 12, 2012

    Kucing saya akan mengalami cirit birit setiap kali dia makan antibiotik. vet kata perut dia sensitif dgn antibiotik..

  27. By kayrun nadea on Saturday, June 02, 2012

    saya nak tanya.. kucing saya dah dua hari xnak makan.. badan makin kurus dan pucat je.. mcm mana nak buat ye?? ada tak kaedah rawatan tradisional utk rawat kucing saya? :(

  28. By Angin Selat Melaka on Monday, December 17, 2012

    Salam Admin dan semua.

    Saya mahu berkongsi dengan anda semua tentang satu ubat yang mujarab untuk mengelakkan kucing anda daripada terkena penyakit ini dan info-info yang amat senang untuk diikuti apabila kucing anda terkena penyakit ini. Jika anda mahukan produk tersebut ataupun info untuk mengelakkan kucing anda terkan cirit-birit, anda semua boleh melayari website di:

    Info dan Penawar Untuk Kucing - klik sini

    Terima Kasih.

  29. By Anonymous on Saturday, January 12, 2013

    Hi saya vj.. Kucing saya cirit birit selepas d vaksin n d mkn kn ubat cacing
    Tapi cirit birit nya tu x pandai berhenti la.. Dekat 1 bulan da... Sdh pegi klinik
    Tapi klinik bagi injek supaya normal balik.. Tapi x kesan pun.. Saya niat
    Nak kembiri tulaa.. Dah jadi cam ni x takut plk nak kembiri...
    Kesian BOOBOO.. :'( badan pun kurus makan pun muntah balik.. :'( tolonglah
    Macaman lagi saya mau buat ni... Sedihhhhhhhh

  30. By Azni A.R. Azizan on Friday, September 06, 2013

    hi..
    kucing saya baru lepas surgery tulang gara2 dianiaya oleh manusia x bertamadun..ye operate ari slasa (2/9/13)lepas then rabu tu baru ye stat makan.normally kami bg mknan yg keras tp sbb ye baru lps operate so sy bg ye soft diet..then pg kamis tu yenye najis mmg lembik and kdg2 sampai tecicir2..so nak tanya adakah sebab makanan atau mmg normal kucing lps operation mcm tu..tq

  31. By Mizzy Cuzzy on Sunday, October 06, 2013

    Saya baru 1 minggu mengambil ank kucing dri longkang....ibunye meninggalkan anknye 2 ekor...sekor drinye berdarah di bontot...apakah puncanye dan bagaimana utk memulihkannye semula?

  32. By Anonymous on Sunday, October 27, 2013

    Kucing saya sering mengiau pada waktu malam tetapi saya tidak tahu kenapa kerana kucing saya seperti mengiau kesakitan. Adakah anda tahu cara merawatnya tanpa membawanya ke tempat rawatan. Saya sangat kasihan melihat kucing saya kesakitan tolonglah saya kerana saya melihat sepsrti kucing zaya kelemahan :(

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS