Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Kelakuan Kucing Ketika Mengawan

Ditulis oleh feliscatus pada Monday, February 16, 2009

Kucing jantan berkemampuan untuk terus aktif secara seksual apabila mereka mencapai umur matang. Kucing betina pula hanya aktif secara seksual hanya apabila mereka melalui tempoh heat atau estrous. Jika kucing betina tidak berada dalam tempoh heat, dia tidak akan berdiam diri jika kucing jantan menaikinya. Jika kucing betina dalam heat, dia akan membenarkan perlakuan mengawan, dan apabila selesai dia akan menggigit dan menyerang kucing jantan supaya mebiarkannya bersendirian.

Persenyawaan akan berlaku selepas proses mengawan di dalam rahim kucing betina. Kelakuan mengawan akan merangsangnya untuk melepaskan telur dan ovulasi boleh berlaku lebih dari satu telur. Disebabkan itu lah kita biasa melihat kucing betina akan mengawan dengan beberapa ekor kucing jantan yang lain. Ini membolehkan beberapa kucing jantan menjadi 'bapa' kepada lain-lain anak kucing dalam satu kelahiran.

Kucing betina mungkin akan membenarkan sehingga 4 atau lebih proses mengawan samada dengan kucing jantan yang sama atau kucing yang lain sepanjang tempoh heat ini. Kucing jantan biasanya akan bersedia sepanjang masa untuk mengawan tetapi ini bergantung kepada kucing betina tersebut.

Kucing jantan mungkin akan cuba menaiki kucing betina ketika ia bukan dalam keadaan heat tetapi mereka akan diserang oleh kucing betina tersebut. Kadangkala juga kucing jantan akan cuba menaiki kucing jantan lain sebagai perilaku dominasi kawasan.

Kebiasannya kucing jantan yang sihat akan subur sperma nya. Masalah kesuburan yang biasa berlaku pada kucing jantan adalah:
  • Kekurangan rasa syahwat

  • Bilangan sperma yang kurang

  • Bulu atau rerambut tersangkut pada bahagian zakar (ini betul, jangan ketawa tau!)

  • Cryptorchidism

  • Kurang koordinasi (kedudukan tak betul semasa mengawan)

Jika anda cuba untuk mengahwinkan kucing, biasanya kita akan letakkan kucing jantan itu dengan kucing betina yang berpengalaman ketika percubaan yang pertama. Ini kerana jika kedua-dua kucing itu adalah 'dara', masing-masing tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan. Ini akan menyebabkan kucing jantan berasa kecewa dan hilang minat jika dia tidak berjaya melakukannya.

Kebanyakan cat breeder yang profesional akan memelihara seekor atau dua ekor kucing jantan intact (tidak di neuter) untuk 4 ekor atau lebih kucing betina dalam peliharaan mereka. Memelihara kucing jantan tomcat/intact (tidak di neuter) boleh menjadi pengalaman yang 'berbau' kerana kelakuan spraying mereka dan badannya yang sedikit tengik.

Disebabkan seekor kucing jantan boleh mengawan dengan beberapa kucing betina maka hanya sedikit sahaja kucing jantan diperlukan dalam satu program breed yang baik.

Keseluruhan proses mengawan ini boleh berlangsung beberapa minit dan berulang beberapa kali sehari. Kucing tidak begitu peduli siapa pasangannya dan selepas mengawan, masing-masing tidak akan peduli akan pasangannya.

Jika anda pernah melihat proses mengawan ini, anda akan perasan bahawa ianya adalah aktiviti yang agak kasar. Kucing jantan akan menaiki kucing betina dan menggigit bahagian belakang lehernya. Selepas mengawan, kucing betina akan menjerit, memusingkan badan dan menggigit kucing jantan sehingga dia melepaskannya.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 5 comments: Responses to “ Kelakuan Kucing Ketika Mengawan ”

  2. By Anonymous on Thursday, March 12, 2009

    Hi M,

    Kucing jantan saya yang berusia lebih kurang setahun lebih menunjukkan tanda2 ingin mengawan, iaitu mengiau tak henti2 sepanjang malam.

    Masalahnya, saya hanya membawanya pulang ke kampung sekali sekala pada hujung minggu di mana dia akan dapat berjumpa dengan kucing lain termasuk kucing betina.

    Pada hujung minggu lalu, kucing saya telah memulakan inisiatif terhadap kucing betina dengan menghidu2 dan mengekori kucing tersebut pada setiap kesempatan.
    Pada hari ketiga, dia telah mula menggigit tangkuk dan naik ke atas badan kucing betina tersebut. Kejadian ini berlaku beberapa saat, namun aktiviti mengawan terhenti setakat itu dan tiada penetratif berlaku, sehinggalah kucing betina tersebut lari. Hal ini berulang-ulang beberapa kali sehinggalah saya membawanya pulang semula ke apartment saya di bandar.
    Soalan saya adalah samada ini menunjukkan bahawa kucing jantan saya tidak tahu perlakuan seksual yang sebenar?
    Saya mempunyai fikiran sedemikian kerana sebelum saya membawanya tinggal di apartment, kucing saya belum mencapai tahap matang secara seksual, dan ini merupakan pengalaman pertamanya.
    Jika pandangan saya ini benar, bagaimana cara penyelesaiannya memandangkan kucing tersebut nampak stress; mungkin sebab belum sempat/berjaya mengawan, dan membuat bising (mengiau) sepanjang malam. Selain mengganggu tidur penghuni rumah, saya juga bimbang bunyi bising kucing saya akan menggangu jiran tetangga.

    Harap M dapat membantu memberi saya sedikit idea dan pandangan bernas.

    TQ!

    -K-

  3. By feliscatus on Wednesday, March 18, 2009

    Hi,

    maaf ye sebab lambat reply, bz sikit.

    memang kdg2 berlaku juga kucing jantan gagal untuk bersama dengan kucing betina terutamanya jika itu pertama kali, apatah lagi jika dia tidak pernah didedahkan dengan kcuing lain sepanjang hdupnya (atau sekali sekala shj).

    berkenaan dengan stress, sebab itu berulangkali saya syorkan agar kucing jantan di neuter (mandul) kerana ini akan menjadikannya lebih tenang dan juga atas sebab faktor-faktor lain.

    pastikan dahulu ubahan perilaku kucing saudara tidak disebabkan oleh faktor kesihatan, bawanya ke klinik dahulu utk pemeriksaan. Jika kesihatannya ok, mungkin saudara boleh memperkenalkan kucing baru sebagai teman.

    ini mungkin akan meredakannya tetapi dalam masa yg sama akan mendatangkan masalah juga, iaitu kehadiran anak-anak kucing pula. adakah saudara bersedia utk memberi makan & tempat tinggal kepadanya?

    satu lagi cara adalah dengan menghabiskan masa lebih banyak dengannya, bermain dia tidak keseorangan dan letih (kerana bermain). mudah-mudahan dia akan lebih gembira.

  4. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  5. By Anonymous on Sunday, April 10, 2011

    hai... saya nk tau bape lame ye musim mengawan kucing???
    adkah selama sebulan??? semgu??? ato bebarape hri sahaja????
    tolong ye....

  6. By maizatul mokhtar on Thursday, July 11, 2013

    Macam mna nak kahwinkan kucing yg dua dua dara

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS