Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Penjagaan Makanan Kucing

Ditulis oleh feliscatus pada Wednesday, January 21, 2009

Makanan adalah perkara paling utama dalam penjagaan kucing. Makanan lebih utama berbanding memberi perhatian dan mencakar perabot! Makanan digunakan oleh sesetengah pemelihara untuk 'merasuah' kucing atau untuk mendapatkan perhatian kucing mereka. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa makanan mempunyai kepentingan psikologi untuk kedua-dua kucing dan pemiliknya. Maka tidak hairanlah jika penjagaan terhadap makanan kucing ini diletakkan sebagai perkara yang mustahak.

Adakah terdapat formula tertentu untuk memberi kucing anda makan? Perlukah kita memberinya makanan dalam tin, atau kering, atau separa kering, atau kombinasi di antaranya? Perlukah kita risau dengan perasa/pewarna tiruan? Adakah kucing akan bosan dengan makanan yang sama tiap-tiap hari? Bolehkan anak kucing dan kucing tua memakan makanan yang sama? Berapa banyak makanan yang perlu dihidangkan? Kesemua soalan itu adalah penting tetapi malangnya jawapannya adalah tidak begitu jelas.

Setiap kali ke berkunjung ke pet shop atau mana-mana supermarket yang menjual makanan binatang peliharaan,saya akan ternganga melihatkan begitu banyak sekali pilihan yang ada. Sebenarnya kalau difikirkan, pasaran makanan binatang peliharaan adalah begitu besar dan berkembang.

Kita mungkin berfikir bahawa kucing adalah binatang yang makan hidangan yang sedikit dan kemudian mengulanginya sepanjang hari. Jika pemberian makanan tidak terkawal, kucing akan mempunyai berat badan berlebihan. Dry food adalah makanan berformula tinggi, ibaratkan sahaja ia sebagai pati makan. Memberinya makan lebih dari setengah gelas sehari boleh menyebabkan obesiti.

Kebanyakan kucing indoor cenderung untuk mendapat obesiti jika mangkuk makanannya sentiasa penuh. Jika anda memberi kucing anda makanan kering, periksa dahulu label dan tanya veterinar anda supaya anda memahami panduan dalam pemakanan kucing.

Makanan diberi dua atau lebih hidangan sekali, dimana setiap kali hidangan dalam kuantiti kecil. Berikan sebahagiannya makanan dalam tin, sebahagian lagi kering, untuk mengawal kadar ambilan makanannya. Kaedah kedua adalah memberinya makanan dalam tin saiz kecil, dan sedikit makanan kering di antara waktu makan.

Jika kucing anda telah mengalami berat badan berlebihan, berjumpalah dengan veterinar dan minta pandangannya. Jangan sekali-sekali meletakkan kucing anda dalam program diet tanpa kawal selia oleh veterinar. Ini boleh menyebabkan keadaan hepatic lipidosis yang mengancam nyawa kucing anda. Kawal selia oleh veterinar terhadap penjagaan makanan bagi si comel yang mempunyai berat badan berlebihan adalah amat penting dan tidak boleh dipandang remeh.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 14 comments: Responses to “ Penjagaan Makanan Kucing ”

  2. By miera on Saturday, May 16, 2009

    hai,sy nk tye kucing mmg bleh mkn mknn arnab ke?my male cat suke curi mknn arnb n mkn dgn gumbira..mknn arnb jiran la.so i ask my jiran sorokkn mknn arnb die nnt bsepah my cat buat,so ble my cat g umah jiran lg die crik2 plak mknn tuh.pdhal kat umah sy bg mkn frieskies.die x suke mkn nasi n masih mkn mknn kitten wlaupun die dh tua hu2 sbb die x suke yg dws punye mknn.

  3. By feliscatus on Saturday, May 16, 2009

    nutrisi makanan utk arnab berbeza dgn kucing, so tak elok la kalau dia makan tu. kitten diet kena tukar kepada adult kalau dah umur 6 bulan ke atas. cuba introduce sikit2, campur dalam kitten diet.

  4. By Anonymous on Thursday, June 04, 2009

    hi felis, saya inginkan pandangan anda mengenai dry food yg ada dipasaran..boleh tak u cadangkan premium dry food yang bagus dgn harga yg berpatutan di pasaran and pet shop yang ada offer best price area pj. U sendiri bg brand apa ye for ur cats? regards..

  5. By feliscatus on Friday, June 05, 2009

    susah nak cadangkan bab makanan ni, masing2 ada citarasa masing2.sebab tu sy tak letak apa-apa jenama kat kiriman ni. begitu juga dengan harga.

    ya sy tau sesetngah org akan sanggup bersumpah makanan jenama itu dan ini adalah sgt2 bagus, tp yg sy tgk kebanyakan jenama ok-ok je.

    so takde masalah nk pilih jenama apa pun. cumanya, bg sy, nutrisi yg baik utk kucing dtg dari meat by product, bukannya tumbuhan. tp dry food yg ada percentage meat yg tinggi ni mahal la sikit.

    area pj,..sy tak tau la, sbb sy tak duduk kat sana.

    btw, sy dh try beberapa jenama, ada jgak yang campur2 antara jenama, tapi last2 stay dengan royal cannin, bkn sbb royal cannin ni terbaik (sbb mahal sikit), tp sbb kucing sy dulu lepas mkn rc dia dah tak mahu jenama lain (masalah cerewet).

  6. By eton on Saturday, January 09, 2010

    hai...saya nk mnta tips untuk menukar tabiat mknan kucing saya...dia amat menggemari untuk makan ikn kembong mentah..mknan ln dia x nk mkn...ni menjadi masalah saya untuk mencari ikn pada musim hujan n harga pn mahal pada ms itu...bleh x sggest kn bbrapa tips untuk mengubah tabiat makan tersebut..

  7. By FXstylo on Thursday, February 18, 2010

    harga ikan selayang 1kg = rm6-7
    ikan kembung rm 10 kot.. ni pasaran harga ikan kembung kt ganu la..

    kak eton,

    saya nk kongsi cara saya bg makan kt kucing saya. sy kukus ikan tu @ rebus jer kejap kasi masak..then gaul ngan nasik putih... jd bleh jimat sket ikan tu pasal dia campur ngan nasik... klau sblm ni skali makan 3 ekor skrg dah jimat jd sekor jer sbb campur nasik..

    itu ajer tips dari saya..insyaAllah sihat kucing kak eton

  8. By syamsul ezuan on Saturday, June 12, 2010

    dulu masa 2 bulan kucing saya bulunya agak lebat tp sejak dia rajin garu dibelakang telinganya bulunya agak tidak kembang seperti dulu....boleh tak bg kat saya tip penjagaan yg lebih berkesan supaya ia lebih kelihatan kembang dan comel....

  9. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  10. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  11. By hiro on Monday, July 12, 2010

    tip2

  12. By POSH76 on Wednesday, October 27, 2010

    kucing I pun tgh ada masalah urin tu pun sebab obese...VET ingat I kasi dia makan bnyk padahal tidak huhu

  13. By LELASURAMADU LOVES CATFISH on Tuesday, October 04, 2011

    Tanya nih, bagus mana antara dry food dan ikan segar hidup seperti ikan keli (lele) jika diberikan untuk makanan kucing. Terimakasih.

  14. By Sandha L Danielle on Thursday, January 10, 2013

    kakak..kucing parsi sy 2 ekor adalah tulen. dari kecik sy hanya kasi krim ayam (dada ayam rebus yg diblend). kakak tau 2 kg dada ayam hanya untuk seminggu shj. kos amat tinggi dgn rc sebulan hmpir 2 kg. masalahnya..bkn ttg kos tp cara pemakanan. MEREKA NAK SAYA SUAPKAN DAN TAK TAU MAKAN SENDIRI!! pelik tp benar. boleh kakak kasi tip untuk ajar kucing2 sy makan dgn sendiri?

  15. By MY'ANG SARI ENTERPRISE on Sunday, March 24, 2013

    Hai..sy nak tny elok ke bagi kucing makan ikan rebus sbb sy tgk dlm tv doktor vet itu mengatakan ikan rebus tidak bagus untuk kucing..so saya nak tahu kenapa tidak bagus?..tq

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS