Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Soalan Pembaca | Kucing Kencing Bersepah

Ditulis oleh feliscatus pada Tuesday, December 09, 2008

Seorang pembaca, Siti, mengirimkan emel dan bertanyakan soalan berkenaan masalah yang dihadapinya. Memandangkan soalan itu adalah keadaan yang seringkali dihadapi oleh kita, dan seringkali juga kita hilang punca untuk menyelesaikannya maka saya menjawabnya di blog ini. Moga-moga ia juga dapat memberikan manfaat kepada orang lain juga.

Saya berharap Cik Siti tidak kisah saya menyiarkannya di sini, jika Cik Siti tidak setuju, maklumkan lah dan saya akan menarik kiriman ini kembali.

Soalan:
Cik M,

Saya tertarik dgn blog Cik M nie coz topiknya adalah berkenaan kucing, which is my favourite pet. Kebetulan saya menghadapi masalah dengan kucing saya, dan saya harap Cik M dpt share sedikit experience untuk masalah saya ini.

Baru2 ini kucing saya berperangai menyakitkan hati, iaitu kencing bersepah2, walaupun depan mata kita sendiri. Perkara ni terjadi secara tiba2 shj, iaitu ketika saya bawa si kucing balik kampung (ini merupakan kali kedua saya bawa dia balik kampung; dl 1 jam driving distance).

Pagi sblm kejadian, dia OK jer. Macam biasa bila nak 'membuang', dia akan pergi ke litter boxnye.

Tapi, sebaik sahaja sampai di rumah org tua saya, dia mencium2 kawasan tersebut dan terus 'memancar'! Saya sangkakan dia ingin menandakan kawasan since kawasan itu agak baru baginya (namun ketika kali pertama dibawa balik kmpung dia tidak 'memancar').
Saya fikir dia hanya akan melakukannya di situ sahaja, iaitu kawasan asing baginya.
Namun yg memeranjatkan saya, pada hari saya bawanya pulang ke rumah sendiri, dia telah mengulangi perbuatan memancar tersebut, dn saya amat tertekan kerana tdk mungkin saya dapat memerhatikannya 24jam bagi menghalangnya memancar.

Oleh itu, saya mengambil keputusan mengurungnya di dalam bilik stor. Namun sya tidak sampai hati utk mengurungnya seharian kerana saya terpaksa bekerja di waktu siang, dan saya tidak boleh melepaskannya keluar rumah kerana saya tinggal di apartment!

Sblm ini saya ada perasan yg kucing saya seperti menghadapi masalah kencing, iaitu kerap kencing. Mulanya saya sangka dia menghidapi batu karang (ada member ckp kucing yg kerap mkn whiskas/friskies akan mudah kena batu karang). Namun mungkin juga masalah kucing saya itu berkaitan dgn teori Cik M, iaitu kencing tak lawas disebabkan jangkitan kuman.

Tapi persoalannya, adakah 2 perkara ini ada hubungkait, dan bagaimana pula utk mengatasi masalah kencing bersepah ini?
Buat masa ini, saya sdg consider utk sunatkan si kucing, jadi takde lah saya terpaksa kurung dia seharian.

Apa pendapat Cik M?
Pandangan Cik M amat2 saya hargai. TK.


Jawapan:
Terima kasih Cik Siti kerana menghubungi saya. Bagus soalan ni, saya pasti masalah seperti ini juga dihadapi oleh kebanyakan dari kita, walaupun dengan situasi dan keadaan yang berbeza.

Pertamanya, saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh saudari. Cumanya saya kurang faham samada kencing yang saudari maksudkan itu adalah urinate atau spraying. Urinate, iaitu kencing untuk melegakan dirinya, atau buang air kecil manakala spraying pula adalah tandaan kawasan. Perlakuan urinating dan spraying adalah berbeza dan kaedah mengatasinya juga adalah berbeza.

Secara mudah, jika kawasan yang dikencing itu menegak (dinding, kaki kerusi, dinding perabot dsb), maka itu menujukkan tandaan kawasan. Manakala kencing biasa/urinate adalah pada permukaan mendatar (lantai, dalam sinki, tilam dsb). Punca utama masalah tandaan kawasan ini, secara ringkasnya adalah kucing yang tidak di neuter/spay dan/atau tekanan.

Tekanan boleh hadir dalam berbagai bentuk samada perubahan persekitaran (seperti membawanya ke kampung/kawasan asing), atau terserempak dengan kucing lain lalu menjadi marah (dan menunjukkan kemarahannya dengan spraying). Atau kehadiran oranq baru di dalam rumah, malah bau yang ditinggalkan oleh orang lain juga boleh menimbulkan tekanan. Cara mengatasi masalah ini ada disebutkan dalam pautan yang diberikan tadi.

Jika ini adalah berkaitan dengan masalah urinating, maka ia menunjukkan kucing saudari sebenarnya menjauhi litter box itu dan perkara pertama yang perlu di andaikan adalah masalah kesihatan.

Memandangkan saudari Siti telah menyatakan kucing saudari seakan menghadapi masalah kencing, maka saudari perlulah membawanya ke vet seberapa segera untuk dibuat pemeriksaan. Ubahan perilaku tidak akan berjaya jika ia melibatkan masalah kesihatan.

Masalah kesihatan yang sering berlaku adalah jangkitan pada salur kencing, masalah buah pinggang dan pembentukan crystal atau batu karang. Friskies? Ya, seringkali juga saya bertemu dengan pemelihara kucing yang mengalami masalah batu karang disebabkan makanan Friskies namun saya tidak pasti apakah puncanya. Andaian paling logik adalah kandungan bahan perasa tiruan yang terkandung di dalamnya.

Jika ada berlaku masalah seperti ini, doktor mungkin akan mengenakan preskripsi dan meletakkannya dalam diet khas untuk kucing yang mengalami batu karang.

Jika tiada masalah kesihatan, kebiasannya samada kucing saudari mengalami tekanan atau sesuatu yang membuatkannya tidak gemarkan litter box itu (kotor, berbau, litter yang tidak sesuai dsb). Membawanya ke kampung dan kembali ke rumah asal merupakan faktor tekanan yang jelas. Pengasingan adalah satu kaedah untuk meredakan tekanan, dimana kucing itu diletakkan dalam bilik selamat, atau di dalam sangkar lengkap dengan makanan, air dan kotak najisnya. Lepaskannya beberapa ketika dan letakkannya kembali di dalam bilik itu. Ini dilakukan selama beberapa hari sehinggalah kucing itu mula menggunakan kotak najis itu semula. Dalam situasi saudari ini, yang saya lihat ini lah kaedah yang perlu dicuba (jika tidak mengalami masalah kesihatan)

Saudari perlulah membersihkan kawasan yang dikencingnya itu untuk menghilangkan baunya. Air kencing kucing mengandungi asid urik (memberikan bau tengik, masam) dan enzim di dalam pencuci itu akan makan asid tersebut. Ia berkesan untuk menghilangkan bau, namun mengambil masa yang lama (beberapa hari) dan ia perlu dilembabkan sentiasa untuk mengaktifkan enzim tersebut.

Atau saudari boleh menggunakan cuka, campurkan dengan air biasa pada nisbah 1:1 dan cucinya berulang kali. Biarkan ia kering dan tersejat melalui udara. Letakkan bahan pencegah seperti double-sided tape (kucing tidak menyukainya terutama jika memijaknya) pada kawasan itu. Bolehkah mencuci dengan sabun sahaja? Boleh, kotoran itu akan tanggal tetapi baunya masih ada dan akan mengundang kucing saudari untuk
kembali di situ.

Jika saudari nampak kucing saudari kencing di kawasan lain, angkatkannya dan letakkan dia dalam kotak najis itu. Kemudian kurungnya semula beberapa hari. Jangan lupa untuk bersihkan kawasan itu dan hilangkan baunya.

Pastikan juga kotak najis itu dalam keadaan bersih kerana ini juga faktor yang menyebabkan kucing menjauhinya.

Oh..saya faham kerja-kerja ini akan membuatkan kita pula rasa tertekan. Suatu masa dahulu di Mid Valley saya pernah menjumpai semburan yang dinamakan Feliway (kalau tak silap), ia memberikan kesan penenang pada kucing. Kucing mempunyai deria bau yang tinggi dan melepaskan kencing (spraying) membuatkan dunianya berbau sepertimana yang dimahukan. Feliway ni memberikan bau yang dmahukannya itu, sekadar yang saya fahamlah kerana tidak berkesempatan mencubanya.

Tidak mengapa jika mengurungnya seharian, kerana ini adalah sementara sahaja. Tapi pastikan bilik itu mempunyai kotak najis yang bersih dan makanan serta air. Letakkan makanan itu pada bucu yang jauh daripada kotak najis itu. Perhatikan juga pengudaraan yang cukup dan kucing tidak kepanasan.

Saudari masih boleh bermain-main dengannya di dalam bilik itu tapi jangan keluarkannya lagi. Lama kelamaan ia akan menggunakan kotak najis itu semula (jika dikekalkan kebersihan).

Berkenaan dengan sunat tu, saya andaikan ia bermaksud spay/neuter. Ya, kebanyakan masalah spraying ni akan selesai 90% jika kucing di neuter/spay sebelum ia matang (kira-kira sebelum berumur 6 bulan). Namun ia juga dapat menyelesaikan masalah ini walaupun selepas ia matang, namun pengasingan masih perlu di lakukan. Ubahan perilaku selepas di neuter juga menjadi lebih mudah kerana kucing akan lebih tenang, dan tidak terlalu mempertahankan kawasannya.

Mengenai samada masalah ini berkait satu sama lain atau tidak tu, sememangnya ada kemungkinan ia berkait. Mengenal pasti punca perubahan perilaku adalah sesuatu yang sukar, dan seringkali juga mengecewakan. Kita telah cuba sedaya upaya untuk melihatnya dari sudut alam kucing untuk memberikan yang terbaik untuk diri kita dan juga kucing kita. Bersabarlah Cik Siti, kerana saya memahaminya ia satu masalah yang sangat-sangat memberi tekanan.

Saya harap jawapan ini dapat membantu saudari. Saya doakan saudari berjaya menempuhinya. :)

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 12 comments: Responses to “ Soalan Pembaca | Kucing Kencing Bersepah ”

  2. By Ena Faiz on Saturday, January 30, 2010

    pd pendapat aku la..kucing jantan yg mancut nie menandakn dia dh 'baligh' hehehe..dulu mmg la x mancut psl 'bdk' lg.. klu dia x 'baligh'2 tu tandanye dia ade penyakit..

  3. By WaTiE on Wednesday, February 24, 2010

    saya ingin bertanya.... saya ada 2 ekor kucing.. masalah nyer ialah kedua2 nnye suka melepas di sebelah litter box walaupun di dalam litter box sudah saya bersihkan poo dier....nak buat mcm ner yer?

  4. By feliscatus on Tuesday, March 02, 2010

    watie, saya ada buat ringkasan mengenai hal-hal berkaitan pengendalian najis kucing.

  5. By EIZZAH on Wednesday, May 12, 2010

    saya suka sangat blog ni.sebenarnya saya baru umur 11 thn

  6. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  7. By jayzai94 on Saturday, March 05, 2011

    Kucing sy kebelakangan ini dia suke kencing merata..dn sy memerhati najis nye seperti bercampur darah...adakah ini yg penyakit batu karang...bagaimana sy nk mengatasi nye..sy minta tlong sgt2...

  8. By amniesyakirah on Sunday, June 12, 2011

    This comment has been removed by the author.

  9. By amniesyakirah on Sunday, June 12, 2011

    saya suka blog ni..ianya bnyak memberi info dan tnjuk ajar kpada saya untuk jga kucing saya.. :)

  10. By ~misz syafa~ on Thursday, November 17, 2011

    salam..saya ada beberapa perkara musykil tentang kucing saya..kalau tidak keberatan diharap saudara dapat berikan pendapat mengenainya..

    kucing (umur : dalam 5 bulan) saya mengalami masalah kencing berwarna kuning pekat..kuantitinya juga sedikit iaitu lebih kurang 3ml-5ml serta tidak aktif..sejak akhir2 ini, dia suka duduk di dalam bilik air..(mungkin lebih selesa krn kerap membuang air)

    adakah ia serius?

  11. By Anonymous on Monday, July 09, 2012

    saya mempunyai masalah tentang bau tahi kucing yg saya pelihara..saya tinggal di apartment..kucing saya membuang fan kencing di dalam box yg telah saya sediakn..tetapibaunya sgt kuat sehingga bau satu rumah...apakah yg harus saya lakukan...minta di balas ASAP..kerana housemate bising...:)

  12. By ZaraDecor on Thursday, January 24, 2013

    Saya ada masaalah dgn kucing yg baru saya beli. Dia sangat2 manja tetapi masaalahnya dia x boleh berenggang dgn saya walaupun sesaat. Bila saya nak hantar anak ke sekolah sebentar,dia akan menangis tanpa henti dgn nada yg kuat sehingga jiran2 bising. Dia akan menangis walaupun ditinggalkan sesaat. Sekarang dia x boleh tido dibilik kami kerana anak2 allergi dgn bulu kucing. Dia dilepaskan berkeliaran didalam rumah dan x dikurung disangkar tapi dia masih menangis tanpa henti selagi x nampak wajah saya. Ada sebarang pendapat tak utk masaalah saya ni. Dia baru berumur 5 bulan.

  13. By green heart on Thursday, March 28, 2013

    Sye tinggal di rumah flat. ada jiran lain yg bela kucing tnpa mengajar kucing mereka berak n kencing ditmpat sepatutnya. hmpir setiap hr sye & suami mmbersihkan dpn pintu rumah najis2 kucing. so adakah cara utk elak kan prkara ni berulang. t.kasih

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS