Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Kucing Bengal

Ditulis oleh feliscatus pada Friday, December 12, 2008

Kucing Bengal adalah breed kucing domestik bertompok yang sangat istimewa. Breed ini terhasil daripada kacukan silang breed lain seperti Abyssinian, American Shorthair, Burma atau Egyptian Mau dengan Asian Leopard Cat. Nama Bengal ini datangnya dari nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline Bengalensis. Domestik Bengal telah mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan mengagumkan daripada Asian Leopard Cat, yang banyak dijumpai di Asia tengah.

Breed yang sangat cantik ini merupakan kucing yang penyayang, sangat mengasihi dan suka berkawan di samping mengekalkan ciri unik keluarga liarnya. Kucing Bengal ini bersaiz sederhana dan besar berbanding kucing shorthaired yang lain. Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dengan susuk yang panjang, menampakkan ia lebih besar. Penampilan mereka juga lebih tegap dan teguh.

Bahagian kepala mereka mempunyai riak liar dan menggentarkan dengan telinga bulat kecil, tandaan belang dan tompok yang mendalam pada bahagian muka serta lapis misai yang nyata. Di sebalik struktur fizikal yang mengingatkan kita kepada moyangnya di hutan liar, kucing Bengal adalah kucing yang mempunyai sifat kasih yang mengagumkan.

Kucing Bengal kadangkala boleh menjadi nakal dan riuh di dalam rumah. Mereka sangat aktif dan sentiasa bersedia untuk bermain. Mereka juga mempunyai personaliti vokal, bijak, penyayang dan suka mendampingi manusia dan memuaskan hati manusia. Pemilik kucing Bengal akan mendapati bahawa breed ini hampir dengan anjing dari segi personaliti di mana mereka akan mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi dari bilik ke bilik dan sentiasa menantikan kepulangan anda dengan sambutan yang ceria. Kucing Bengal amat sesuai untuk berdamping dengan anak-anak kecil dan binatang peliharaan lain. Kucing yang cantik ini pasti akan menyerikan mana-mana rumah dan menjadi teman setia manusia.

Satu lagi keunikan kucing Bengal adalah mereka sebenarnya suka dengan air. Mereka dapat menghabiskan masa berjam-jam dengan air yang mengalir dari pili air yang terbuka dan menggembirakan kanak-kanak atau golongan dewasa dengan keliincahan mereka bermain dengan air.

Kucing Bengal mempunyai enam warna rasmi iaitu brown-black spotted, brown-black marbled,snow-spotted dan snow-marbled. Variasi popular adalah brown-black spotted kerana ia paling hampir menyerupai penampilan Asian Leopard Cat.

Brown spotted dan brown marbled mempunyai mata yang besar, ekspresif, berjaga-jaga, berbentuk almond berwarna biru atau hijau. Snow pula boleh dijumpai dengan mata berwarna biru atau lain-lain warna.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 11 comments: Responses to “ Kucing Bengal ”

  2. By lee337 on Sunday, August 23, 2009

    ops..bukan nak komen tapi nak tanya..berapa sekor harga anak kucing bengal ? .. kat mana nak cari ? ..

  3. By feliscatus on Tuesday, August 25, 2009

    saya pun bukan mahir sangat dengan kucing pedigree ni...

    salah sorang breeder : Hamzah

    atau awk boleh tanya Yeng, dia suka dengan kucing bengal ni.

  4. By Paan Jahat on Sunday, May 16, 2010

    sy baru shja bjinak2 ngn kucen bangel ni,baru smlm sy beli kucen spesis ni di Rawang bharga rm1600. apa yg mmbuat sy tertarik ngn bangel ni,dia sgt unik.mksd sy,bila sape2 yg memiliki kucen ini akan tau,keunikan dia.

  5. By Anonymous on Tuesday, June 08, 2010

    Lee337: Harga anak bengal depends pd jenis dier (spotted),(marble) or (stripes)..dan juga corak. kalau beli dr breeders trus murah sket.klu kat petshop mahal...berminat ke? kami jual yg besar biasanya RM1500-1800. yg anak boleh dirunding..tengok umur jugak.

  6. By Chenta Qaseh Sophillea on Tuesday, June 08, 2010

    Lee337: Harga anak bengal depends pd jenis dier (spotted),(marble) or (stripes)..dan juga corak. kalau beli dr breeders trus murah sket.klu kat petshop mahal...berminat ke? kami jual yg besar biasanya RM1500-1800. yg anak boleh dirunding..tengok umur jugak.

  7. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  8. By Rembau bengal on Thursday, October 28, 2010

    Kucing bengal amat menarik...samaada spotted atau marbel, broen atau snow...semua ada keistimewaan tersendiri...mahu memiliki bengal??...hubungi saya...ROM 019-6223890

  9. By Anonymous on Saturday, October 08, 2011

    saya ada kuching jenis bengal.. kucing saya betina baru berumur 11 bln.. saya ingin mengawen kan kucing saya dgn kucing parsi.. pada umur brapa kah dan ada kah elok jg saya kawen kan dgn kucing parsi?

  10. By kai yamaguchi on Friday, March 30, 2012

    Aq bli bengal 600 je..kene kencing je bli mahal2.nk tpon aq..0177652835

  11. By Anonymous on Saturday, February 09, 2013

    harga seekor bengal adalah berbeza berdasarkan kualiti baka itu sendiri dari segi fizikal yg bertubuh besar dan tegap, muka seiras wajah seakan2 kucing hutan bermata bulat dan hitam bertelinga kecil dan terkecuali juga corak bulu di badan yang contrast seperti spotted, roxette, marble dan sebagainya. kebiasaannya baka keturunan f1 (keturunan pertama - ayah kucing hutan kawin mak domestik biasa) adalah lebih mahal dari f2 (anak kepada f1) dan berikutnya. dan bengal yang terbaik untuk dijadikan sebagai kucing peliharaan ialah bengal dari keturunan ke 4 (f4 dan selanjutnya) kerana lebih manja dan tidak seganas keturunan mereka dihutan...

  12. By Anonymous on Friday, January 24, 2014

    http://www.bengalcatworld.com/home/advice-centre/is-my-cat-a-bengal/

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS