Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

8 Soal Jawab Ringkas Mengenai Kucing

Ditulis oleh feliscatus pada Monday, December 29, 2008

Kali ini mari kita lihat jawapan kepada 8 persoalan yang sering berlegar-legar dalam fikiran kita mengenai kucing.

1. Jika anda tidak mahukan kucing anda, tidak mengapa melepaskannya di mana sahaja


Masih menjadi amalan yang memalukan bagi masyarakat Malaysia apabila mereka tidak lagi mahu membela kucing, mereka membiarkan kucing mereka di luar rumah. Golongan seperti ini akan berkata kepada diri sendiri bahawa kucing binatang yang berdikari dan mampu menjaga diri mereka sendiri, untuk memberi justifikasi terhadap tindakan mereka atau supaya mereka tidak rasa bersalah dengan tindakan itu.

Bukan soal berdikari atau tidak yang menjadi isu di sini. Isunya adalah kucing peliharaan yang mendapati diri mereka ditinggalkan akan cenderung untuk mati samada disebabkan kelaparan, kecederaan kerana pergaduhan dengan kucing lain, penyakit atau dilanggar kenderaan. Jika anda tidak mahu lagi membela kucing, anda mesti melakukan perkara yang betul iaitu, mencarikannya rumah baru atau membawanya ke pusat perlindungan.

2. Semua kucing jantan suka kencing.


Kencing yang dimaksudkan adalah spraying, iaitu satu bentuk perilaku menanda sempadan kawasan. Tidak semua kucing jantan akan spray. Kucing jantan yang tidak di neuter kemungkinan akan melakukan spray berbanding kucing jantan yang telah di neuter. Ini juga satu sebab yang bagus mengapa anda perlu membawa kucing anda ke veterinari untuk di neuter kan. Kucing betina yang tidak di spay juga akan melakukan spray tetapi tidak lah begitu kerap sepertimana kucing jantan.

3. Kucing outdoor tidak boleh diubah menjadi indoor.


Boleh, dan ianya tidaklah terlalu susah. Ianya mudah jika anda memastikan kucing anda mendapat rangsangan mental yang mencukupi. Adalah lebih baik jika anda mempunyai taman halaman rumah atau kebun kecil yang tertutup untuk kucing anda menghirup udara luar di samping mengelakkan kebosanan.

4. Kucing amat berdikari dan sesuai untuk seseorang yang sibuk dengan urusannya.


Ini semua bergantung sepenuhnya kepada kucing tersebut. Sebahagian kucing lebih berdikari berbanding yang lain tetapi semua kucing memerlukan teman. Jika anda mempunyai gaya hidup yang sibuk, anda boleh memelihara dua ekor kucing supaya mereka boleh menemani rakan masing-masing ketika anda tiada di rumah.

5. Kucing indoor tidak akan mendapat penyakit/parasit


Kebanyakan virus/bakteria merebak melalui udara dan boleh dibawa masuk ke dalam rumah melalui udara atau pada pakaian seseorang. Kutu dan lain-lain parasit juga boleh dibawa masuk melalui pakaian.

6. Meletakkan loceng pada kolar kucing akan menghentikannya dari memburu burung dan tikus


Ada yang berjaya, tetapi ada juga yang tidak. Kucing saya terdahulu mempunyai 2 loceng pada kolarnya dan ini langsung tidak menghentikannya dari memburu. Ada juga kajian yang mengatakan kucing yang mempunyai loceng memiliki kemahiran memburu yang lebih baik kerana lama-kelamaan mereka belajar untuk bergerak tanpa membunyikan loceng. Ini menjadikan mereka pemburu yang lebih senyap dan efisien.

7. Semua kucing bencikan air


Kebanyakan kucing membenci air tetapi tidak semua. Kucing Turkish Van misalnya dikenali sebagai kucing yang sukakan air dan suka berenang. Kucing Bengal dan Norwegian Forest Cat juga suka bermain dengan air, walaupun mereka tidak suka berenang di dalamnya.

8. Kucing Siam kejam dan suka membuli


Temperament adalah hasil daripada genetic dan pergaulan kucing itu sendiri. Jika kucing dibesarkan dalam suasana kasih sayang, mereka akan membesar menjadi peliharaan yang penyayang dan dapat menyesuaikan diri. Jika benar kucing Siam adalah kejam, tidak mungkin mereka dapat menjadi antara breed yang paling popular di dunia.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 13 comments: Responses to “ 8 Soal Jawab Ringkas Mengenai Kucing ”

  2. By Anonymous on Saturday, January 03, 2009

    Thanks.. Info yang baik.. Nanti saya akan ambil gambar aksi kucing.. izraai.blogspot.com

  3. By feliscatus on Saturday, January 03, 2009

    Sankyu!:)

  4. By AnimNaim on Thursday, February 19, 2009

    Betul ke kucing jantan boleh dikasikan supaya tak pancut kencing merata2? kat mana boleh buat dan berapa kosnya...

  5. By feliscatus on Friday, February 20, 2009

    AnimNaim,

    Jawabnya boleh, dan sememangnya digalakkan. saudari boleh melakukannya di klinik haiwan swasta atau kerajaan. Bayarannya antara RM60-80 sahaja.

  6. By feliscatus on Friday, February 20, 2009

    tambahan info utk AnimNaim:

    Kebiasaanya kasi/neuter kucing jantan sebelum dia mencapai umur matang (kira-kira sebelum umur 6 bulan) akan menyelesaikan hampir 90% masalah pancut merata-rata.

  7. By budak sara on Monday, February 23, 2009

    salam. apakah hukum dalam islam bile kite kasi kucing? sy berhajat nak kasi sume kucing2 sy.. tp ader yg kata berdosa. ader yg kate kena byr fidyah.

  8. By feliscatus on Tuesday, February 24, 2009

    budak sara,

    Terdapat khilaf ulama' dalam hal ni, ada yg berpendapat dibolehkan, makruh atau juga haram, ada juga hanya membenarkan utk haiwan ternakan shj dan bukannya peliharaan.

    maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yg membenarkan perbuatan memandulkan kucing, atas sebab manfaat kepada kesihatan kucing dan menjaga hubungan baik dengan jiran (kucing tak pancut merata, anak kucing berkembang biak mengotorkan laman rumah jiran dsb)

    ulasan lengkap boleh saudari dapati di link ini.

    Quote dari laman IslamOnline :
    Therefore, we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible.

  9. By budak sara on Thursday, February 26, 2009

    en. sy ader soalan lg..

    1) berapa lamakah proses nk buang buah kucen tu dan adakah mereka akn rasa sakit?

    2) berapa lamakan tempoh yg patut kite rehatkan (kurung) kuceng yg br je dikasi?

    3) betulkah kucing2 yg telah dikasi akan menjadi tak aktif atau bodoh? dia masih peka dan bole memburu tikus tak? kucing2 sy tu kucing kg je

  10. By feliscatus on Friday, February 27, 2009

    budak sara,
    1) Paling lama pun hanya 3-4 jam, biasanya 1-2 jam dah siap.Vet akan suntik pelali (anesthesia) maka kucing tak akan rasa sakit sepanjang pembedahan.

    2) Utk kucing jantan, mereka sembuh dalam 1-2 minggu shj. Jgn mandikan mereka selagi lukanya belum sembuh & pastikan kebersihan sangkar, tukar alasnya sentiasa. Lihat juga jika ada nanah atau keadaan luka yg luarbiasa, jika ini berlaku cepat2 hantar ke vet semula.

    3) Tak kisah kucing kg @ bandar, neuter tidak akan jadikan kucing anda tidak peka. Jika ini berlaku, sila periksa jika ada kemungkinan ianya berpunca dari masaalah kesihatan. Link ini menceritakan lebih lanjut punca utama perubahan perilaku.

    Tips utk neuter:
    1. 'Puasa' kan kucing anda 12 jam sebeum pembedahan, termasuk air atau apa-apa makanan snek.

    2. Sesetegah kucing lambat sedar akibat kesan anesthesia, jika matanya tidak tertutp utk masa lama, titiskan ubat mata kedalam matanya utk mengelak dari kering (minta dgn vet).

    3. Buat temujanji dgn vet dan bincang dgn dia dulu persediaan yg perlu dibuat supaya anda lebih bersedia. Tanya rakan dimana klinik yg bagus, sebab ada juga klinik yg buat kerja cincai....

  11. By fida on Wednesday, July 01, 2009

    felis,

    kitten sy umur nk masuk 4 bln. sy bg dia mkn aim's. tapi dia x suka, makan hanya 5 ketul je pastu dia blah...so sy try la bg dia mkn yg basah..amboiii smpai licin mangkuk tu dia jilat. so skrg ni dia hanya tggu sy bg mkn yg basah tu, yg kering sy ada sediakan, tp dia buat x tahu jer....

    mcm mn ek nk bg dia suka mkn yg kering tu...sbb yg kering tu lg mudah dan murah kn.. :)

    aaa lg satu sy tgk dia x suka minum air..sy pn x tau time bile dia minum air. sy x penah nmpk sejak dh 3 minggu jaga dia..lepas mkn jer dia blah utk jilat2 bulu dia..sy slalu la jgk bwk dia pegi kt mangkuk air tu tp dia xmau pn minum..huhu..

    sy tgk kt litter box ada kencing dia, byk plak tu..tp najis dia warna hitam pekat+keras berketul..awk rase ade problem ke?

  12. By feliscatus on Friday, July 03, 2009

    hi fida, rasa mcm pnh jwb je soalan ni?nk pujuk dia tukar diet sbnarnya guna common sense je, misalnya hari ni campur sikit wet food dgn dry food dlm satu hidangan.

    lama lepas tu kurangkan lagi kuantiti wet food tu, lebihkan dry food. dan seterusnya.

    kucing awk kurang minum air sbb dia dh dpt air tu dari wet food :) itu kelebihan wet food (tp dlm masa sama blh meningkatkann mslh kaviti gigi).

    berkenaan najis tu, rasanya biasa je, yg luarbiasa adalah dia cair atau keras & ada darah.

  13. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  14. By rohaizadazalan on Thursday, January 13, 2011

    sy yg sepatutnya berterima kasih kepada cik kerana membuat komen seperti in..... sy ingin thu berapakah harga pembedahan untuk memandulkan kucing sy....

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS