Memahami Deria Bau Kucing

2 ulasan
Kucing menghidu tangan manusia

Manusia dan kucing hidup dalam alam yang berbeza dari segi keupayaan deria bau. Deria bau kucing lebih tinggi berbanding manusia (namun anjing mempunyai deria bau yang jauh lebih tinggi berbanding kucing).

Adakah kini anda masih terkejut jika kucing anda enggan menggunakan bekas pasir yang anda anggap OK tapi KO bagi kucing?

Sudah tentu perihal bekas pasir itu adalah masalah moden dan deria bau kucing ini bukan hanya digunakan untuk menentukan samada benda itu cukup bersih atau tidak.

Bau memainkan peranan penting dalam menentukan sempadan kawasan, aktiviti memburu, dan juga mengenalpasti samada makanan itu selamat dimakan atau tidak.

** Dikemaskini semula pada Jun 2015 mengikut peredaran masa **

Anjing bersifat pembangkai dalam hal makanan, iaitu mereka akan makan apa sahaja, 'Makan dahulu, tanya kemudian'.

Kucing pula bersifat pemburu, 'Makanan segar sahaja, terima kasih' atau 'Baru sahaja dibunuh, masih segar, terima kasih'.

Pernahkah anda melihat kucing yang memalingkan hidungnya daripada menghidu makan dalam tin yang telah dibuka untuk beberapa lama? Jawapannya mudah, ada yang tidak kena pada baunya.

Namun begitu, jika kucing anda begitu cerewet sehingga tiada makanan yang mahu dijamahnya, atau anda sedang merawat kucing yang sakit (ketiadaan selera makan), cuba panaskan makanan itu sehingga tahap yang kita biasa panggil suam-suam kuku, tapi janganlah sampai berasap-asap!

Dengan cara ini makanan itu akan berbau lebih sedap dan menjadikan ia lebih lazat dan berselera untuk kucing.

Selain daripada hidung, kucing mempunyai bahagian badan yang dipanggil organ vomeronasal, pada bahagian depan lelangit mulut kucing.

Ia digunakan untuk memproses bau terutamanya yang melibatkan perkara seksual seperti bau yang ditinggalkan oleh kucing betina pada musim mengawan.

Setiap kali kucing menggunakan organ ini, mereka akan membuka mulut mereka sedikit dan merasai bau tersebut. Keadaan luahan sebegini dipanggil Flehmen.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

2 ulasan:

  1. Salam. Saya nak tanya ni. Tapi jauh sikit dari topic. Kenapa kucing saya tiba2 jadi garang ? Tak mau makan. Asyik dux baring saja. Kenapa ek? Cuba ulaskan. ;(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Garang terhadap awak atau kucing lain, atau kedua-duanya? Punca agresif boleh jadi kerana takut, agresif alihan, terlebih belai atau perangai permainannya memang kasar.

      Perihal keagresifan: http://www.alamkucing.com/2008/10/mengapa-kucing-bersifat-agresif.html

      Bab makan, kucing tua biasanya selera makan berkurang dan sering berehat disebabkan tubuhnya semakin merosot.

      Perihal makan: http://www.alamkucing.com/2009/01/si-comel-tidak-mahu-makan.html

      Cuba periksa keadaan mulut, gigi dan gusinya samada sihat atau tidak. Kalau gigi/gusinya sakit memang dia tak akan jamah makanannya, adakalanya menjadi garang kerana kesakitan dan lebih banyak menyorok/berlindung.

      Cuba berikan ikan atau makanan basah kesukaannya, ada reaksi atau tidak. Jika dia makan, dia kunyah dengan bersusah-payah atau biasa.

      Atau mungkin disebabkan penyakit lain. Atau mungkin juga tekanan. Banyak punca kucing tak nak makan. Tapi kalau lebih 2 hari tak makan, perlulah di bawa ke klinik.

      Padam