Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Mengapa Kucing Bersifat Agresif

Ditulis oleh feliscatus pada Thursday, October 30, 2008

Anda perlu melakukan sedikit penyiasatan ala James Bond untuk mengetahui punca mengapa kucing anda menggigit atau mencakar anda. Sikap agresif ini datang dari pelbagai punca, dan kaedah penyelesaiannya juga bergantung kepada punca tersebut. Berikut adalah beberapa punca biasa kucing anda mengganas.

Takut atau Sakit


Jika kucing anda menyerang kerana dia ketakutan atau menderita kecederaan, cara terbaik adalah berikan ruang dan tinggalkan kucing anda bersendirian seketika dan melihat semula asas-asas masalah ini. Kucing yang kesakitan atau ketakutan akan meletakkan telinganya pada kedudukan mendatar rapat ke kepala dan terarah belakang. Badannya juga akan berada dalam keadaan defensif dimana dia mendatar dan rapat ke tanah, kukunya akan terkeluar dalam keadaan bersedia untuk menerkam pada bila-bila masa, jika terpaksa. Jika kucing anda berada dalam posisi ini, dia sedang berkata kepada anda, "Jangan rapat dengan aku!" Anda perlu membiarkan kucing anda tenang dahulu, elok juga anda menyorok atau keluar dari bilik, sebelum meminta bantuan veterinar.

Kebiasaannya juga, carrier atau pengangkut yang sebelum ini dibenci oleh kucing anda akan kelihatan seperti tempat yang selesa baginya. Letakkan pengangkut itu dengan pintunya terbuka luas di dalam bilik di mana kucing anda berada. Jarakkan diri anda daripadanya,menyorok atau keluar dari bilik. Kucing anda akan memilih untuk pergi dan masuk ke dalam pengangkut tersebut atas kehendaknya sendiri. Ini akan menjimatkan masa dan tenaga anda berbanding anda memaksa kucing anda untuk masuk ke dalam pengangkut untuk di bawa ke veterinari. Jangan berlawan dengan kucing anda, anda akan kalah.

Lebihan rangsangan | Overstimulation


Anda sedang membelai kucing anda dan tiba-tiba dia mencengkam anda dengan gigi dan kukunya. Bukanlah suatu serangan penuh tapi anda tetap dapat merasa 'nikmat' ketajaman giginya pada bahagian tangan anda. Apa yang perlu anda buat? Cara mudah adalah jangan bergerak. Jangan menentangnya atau anda akan mendorongnya untuk melakukan gigitan sebenar. Kadangkala jika anda menggunakan tangan anda yang lagi satu untuk menghentak pada permukaan keras seperti meja atau lantai akan membuatnya terkejut dan melepaskan cengkamannya. Namun jika anda berdiam diri, kebiasaannya dia akan bertenang dan melepaskan anda.

Itu adalah antara penyelesaian jika anda mengalami fasa serangan. Pilihan yang lebih baik adalah anda sendiri perlu membiasakan diri dengan kucing anda dan memahami bahasa tubuhnya, dan menghentikan belaian atau usapan sebelum dia mengalami lebihan rangsangan. Pencinta kucing selalu mengatakan bahawa serangan sebegitu datang tanpa amaran, namun fakta sebenar adalah mereka terlepas pandang beberapa tanda yang menunjukkan kucing tersebut sudah 'tak tahan' atau 'tak dapat terima' belaian anda. Tanda paling jelas adalah pada ekornya. Jika kucing anda mula menyentak-nyentak ekornya dengan keras, maka ini menunjukkan sudah tiba masanya anda menghentikan usapan. Kami akan cuba pergi lebih mendalam berkenaan tanda-tanda ini di masa akan datang. Anda boleh secara sedikit demi sedikit membina masa belaian kucing anda. 3 kali usap, kemudian 4 dan kemudian 5. Jangan berlebihan, toleransi kucing anda akan dapat di bina dari masa ke semasa.

Perhatian!
Kebiasannya juga serangan 'aku dah tak tahan!' ini datang kerana anda mengusap bahagian perut kucing. Bahagian ini adalah sensitif terhadap kucing dan walaupun ia kelihatan seakan bergulingkan badan menawarkannya kepada anda adalah lebih baik anda mengusapnya di bahagian lain. Salah satu sebabnya adalah naluri dan fitrah seksualnya. Kucing jantan anda akan didatangi rasa ghairah jika perutnya diusap dan akan bertindakbalas dengan mengigit kerana itu adalah reaksi semulajadi feline bila melibatkan perilaku mengawan.

Permainan Agresif | Aggresive Playing


Adalah perkara biasa kucing menggigit dan mencakar ketika bermain. Memanglah sakit, tapi kucing yang menggigit kaki anda dan kemudian mengiringkan badannya pada dinding bukanlah mahu mencederakan anda, dia hanya mahu bermain dengan anda. Anda perlu menambah sessi bermain anda dengan menyediakan alat permainan yang sesuai seperti joran kucing (cat pole) atau mainan yang diikat pada tali, dan bukannya dengan bahagian tubuh badan anda, untuk membantu kucing anda membakar lebihan tenaganya sebelum anda mencuba sessi belaian atau petting dengan tenang. Biar kucing anda tahu bahawa serangan ke atas bahagian badan anda itu adalah dilarang dengan membunyikan hon udara (air horn) atau sedikit semburan air yang halus. Jangan memukul kucing anda sama sekali.

Tempias Agresif | Redirect Aggresive


Maaf la, saya tidak tahu bagaimana untuk menterjemah istilah ini. Istilah asalnya adalah redirect aggresive, yang terlintas dalam fikiran saya adalah perkataan 'tempias', kerana itulah yang berlaku dalam situasi ini. Kucing anda terlihat kucing lain, penceroboh, melalui tingkap rumah anda. Dia tidak dapat keluar dan sangat marah, kebetulan anda lalu berdekatannya dan dia menyerang anda. Kenapa? Anda hanyalah mangsa situasi tempias agresif. Pernahkah anda marahkan seseorang di pejabat, kemudian balik ke rumah dan anda menghempas pinggan atau barang-barang anda ke lantai? Pinggan itu tidak bersalah, tapi anda lepaskan kemarahan anda pada pinggan. Situasi sama berlaku pada kucing, dan ini agak sukar untuk diatasi. Cuba halau kucing lain dari mendekati rumah anda, hentakkan tangan anda pada tingkap atau bunyikan hon udara. Ingat, jangan gunakan kekerasan fizikal untuk menghalau kucing lain!

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 8 comments: Responses to “ Mengapa Kucing Bersifat Agresif ”

  2. By Anonymous on Sunday, November 30, 2008

    anak kucen saya garang, slalu geget kaki huhuhu

  3. By feliscatus on Thursday, December 04, 2008

    Hi Anonymous,

    Anak kucing tu berapa umurnya? Ada ibunya tak? Biasa anak kucing yang tidak dipimpin oleh ibunya akan cenderung untuk main gigit-gigit kaki ni.

    Cuba berikan alatan permainan dan turut sama bermain secara interaktif dengan anak kucing tu. Setiap kali dia gigit kaki, tepuk tangan pada lantai atau permukaan meja supaya dia terkejut dan melepaskan gigitan (jangan tepuk kucing tu pulak tau).

    Atau bunyikan air horn jika di amula menggigit. Jnagan lupa untuk puji dan usap jika dia memilih untuk bermain dengan alatan permainan berbanding kaki saudara/i.

    Anak kucing biasanya lebih mudah untuk dibentuk berbanding kucing dewasa. Selamat mencuba :)

  4. By EgNaro on Wednesday, October 21, 2009

    kucing sy nama dia lulu dan bermumur 8 bulan..dia anak yatim sejak dari kecil lagi..dan tak pernah nampak kucing lain..(koz saya dok flat tingkat lima dan tak pernah bawak turun atau jumpa kucing lain..)huhuhu..

    Dan melalui pembacaan saya dari blog ni..memang betul..lulu ni sangat garang! setiap minggu saya dan adik beradik saya yg bermain dengannya kompom akan berdarah tangan atau kaki kerana gegetan dan cakarannya..dan saya akan mengetuk kepalanya kerana kenakalannya..huhu..

    Terima kasih kerana terjumpa blog ni..terasa menyesal lak wat camtu kat dia..sowi lulu..

  5. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  6. By bulan on Monday, November 08, 2010

    Dulu anak kucing saya yang bernama BOBO juga sangat garang. Memang saya amat takut bila ia dah kembangkan bulu dan merenung saya. Pandai merenung lagi...betul oo..maybe bersedia nak menerkam saya!
    Tapi tak selalu,sebab Bobo ni ada masa2 tertentu ja bersikap garang.Sebab utama adalah nak keluar dari rumahlah.Bila Bobo dah berbunyi semacam,satu ja saya leh buat.Buka pintu dan free kan ia....

  7. By Anonymous on Tuesday, October 18, 2011

    erk. pernah kne, konon nak tenteramakan die (die nampak kucing laen lua uma) alih2 kaki yg jadi mangsa. trus b'parot smpi skrng. wuu~
    klu tade hon, gne pnyembur air pon bole. tp kecikkn mate pnyembur tu spya die ta sakit. :)

  8. By Anonymous on Thursday, March 22, 2012

    kucing sy nmenye intan, sjak die mngndung ni, die jd agresif jer..kdg2 kite x wat pe pun dier ngap jugak..Tp mse die mngandung yg dlu x mcm ni pun, yg mngndung kli ni plak dier tbe2 jd gresif..sy igt die meroyan la sbb ank die yg dlu tu sekor kne lggr, 2 ekor lg mhlgkn dri~

  9. By nurul on Monday, October 22, 2012

    salam admin.. saya nak tanya sikit..kucing sy namenye didi,hampir setahun jage dy..then 3hari yg lepas sy bawa balik seekor lg kucing namenye snowy..didi marah2 sbb saya bawa balik snowy..bile sy belai dy mule merungut xberhenti..tak tahu nak buat mcm mane lg..boleh admin bg pendapat pasal hal ni..

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS