Alam Kucing

Berkongsi Kaedah Penjagaan Kucing.

Kucing Siam

Ditulis oleh feliscatus pada Tuesday, October 28, 2008

Kucing Siam mudah dikenali melalui matanya yang biru dan pointed color pada bahagian telinga, muka, ekor dan kaki yang memberikan tarikan yang kontra terhadap badannya yang berwarna cerah.

Kucing Siam berasal dari Thailand, yang suatu masa dahulunya dikenali sebagai kucing Siam eksotik. Ianya mula dieksport pada lewat tahun 1800 ke England sebagai hadiah daripada kerajaan Siam kepada duta England yang kemudian membawanya pulang ke England. Sejak itu kucing Siam mula mendapat perhatian dan diperkenalkan di pameran kucing di England dan Amerika, seterusnya ke serata dunia.

Dengan ciri-ciri garisan licin, tarikan warna kontra, bahagian kepala yang aristokrat, mata kebiruan dan kaki yang 'berkasut', kucing Siam nyata kelihatan begitu cantik dan segak. Kucing Siam juga dianggap antara breed tertua dikalangan kucing lain. Mereka adalah pintar dengan personaliti suka ingin tahu dan cintakan alam sekitar. Kini baka tertua ini adalah antara pedigree yang paling popular.

Satu lagi ciri istimewa kucing Siam adalah suaranya yang masyhur. Mereka merupakan kucing yang peramah dan tidak sepertimana kucing lain mereka berkomunikasi dengan kedua-dua suara dan tubuh mereka. Kucing Siam juga sangat intim dengan manusia. Mereka suka ditemani dan menghabiskan masa dengan tuan mereka serta gemar duduk di riba manusia. Kebanyakan pemilik kucing Siam mendapati kecantikan dan fitrah sosial mereka dengan lapisan bulu pendek yang tidak perlu dibersihkan merupakan tarikan yang tidak dapat diendahkan.

Kucing Siam bersaiz kecil hingga sederhana, tubuh yang ramping dan tampan disusuli dengan susuk dan leher yang panjang dan ekor panjang berbentuk baji. Color point yang utama adalah biru, coklat, ungu muda dan keputih-putihan. Variasi keputih-putihan adalah variasi yang paling dikenali. Variasi ini mempunyai warna perang kekuning-kuningan dan segmen hitam yang ekstrim. Variasi coklat adalah yang kedua popular dengan warna krim putih pada tubuh dan coklat susu pada segmennya. Kemudiannya adalah variasi biru dengan tubuh putih kebiruan dengan segmen kelabu kebiruan. Yang terakhir adalah variasi ungu muda iaitu tubuh putih dan segmen merah jambu kekelabuan.

Kucing Siam adalah kucing yang mempunyai mata yang mempesonakan dikalangan kucing lain. Matanya berbentuk almond, berwarna biru, diletakkan pada kedudukan condong yang memberikan ekspresi bijak, emosi dan bersikap ingin tahu. Ini adalah ciri terpenting yang meletakkan kucing Siam dalam kelasnya yang tersendiri.

Kiriman Berkaitan:



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 6 comments: Responses to “ Kucing Siam ”

  2. By Leeya|Na on Saturday, July 04, 2009

    saya mmpunyai kucing siam tetapi ekor kucing saya bukan ye memanjang seperti yg diperkatakan di dlm entry ini..tetapi ekornya mengembang seperti ekor kucing parsi..adakah kucing saya kacukan parsi?..

  3. By feliscatus on Tuesday, July 07, 2009

    kalau betul bakanya kucing siam, awk akan dapat sijil pengesahan. kalau tak ada maknanya ianya adalah baka campuran.

  4. By replica handbags on Wednesday, July 07, 2010

    As the most popular luxury goodsreplica Dior, designer handbags replica Dolce & Gabbanahave made thousands movado watchesof fashion lovers crazy, especially the young ladies who make replica orisevery effort to make themselvesreplica Gucci more fashionable and sophisticated.

    Together with designer handbags, replica Fendifashion shoes, sunglasses,Montblanc watches watches and luxury accessories also replica Guccienjoy the popularity.replica Concord Why designer bags are so dazzling? Would you like toTag Heuer watches spend a huge amount of dollars to purchase one?


    The answer is absolutely yes.replica Fendi A designer handbag is very versatile Louis Vuitton watchesand is a symbol of your taste and personality. replica Dolce & GabbanaIf you have the ability to choose the rightreplica Hublot style from thousands of designer bags inreplica Jimmy Choothe market to fit your needs and occasions, replica Jp Todsyou will be quite of the Rolex watchesordinary people and enjoy the great U-boat watchesfeeling they couldn’t imagine.

  5. By Anonymous on Tuesday, December 14, 2010

    kucing saya memang memiliki rupa dan ciri2 di atas...di mana saya boleh dapatkan sijil pengiktirafan...saya tinggal di Melaka...branch berdekatan di sini???

    email saya :

    syahirah88_melaka@yahoo.com

  6. By Anonymous on Sunday, December 30, 2012

    saya Alia.Atuk saya membelikan saya seekor kucing siam sebagai hadiah hari jadi.saya hendak tanya sama ada kucing siam saya ni mix persian ka? bulu dia kembang dan lebat la juga.Adakah saya kena mengambil sijil pengiktirafan?Di mana ada tempat untuk mengambil sijil pengiktirafan itu?Saya tinggal di Sungai Petani Kedah.Adakah awak tahu barang apa yang diperlukan oleh kucing siam campur parsi? tolong balas comment saya.

  7. By gusting@village name on Tuesday, September 17, 2013

    Saya mempunyai seekor kicing siam..dan sah kucing siam..mata biru..hidung macam kana arang ja hitam dia..haha..orang baru kasi..masalahnya..sungguh penakut..dukung susah..selalu lari pi sudut atau bawah meja.. makan pun tak mahu... bagaimanakah cara untuk menjinakkan kucing itu,?

Berkongsi tip dan kaedah penjagaan kucing kesayangan. Kesihatan, perilaku, baka, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan si comel. Mengatasi masalah pembuangan najis, mencakar, kencing melalui cara terbaik.

-feliscatus @ AlamKucing.blogspot.com-

 Langgani suapan RSS